Curi Pokok Hiasan RM50,000..Suspek Akhirnya Ditangkap

| September 23, 2021 | 0 Comments

Curi Pokok Hiasan RM50,000..Suspek Akhirnya Ditangkap | Petaling Jaya – Individu yang disyaki bertanggungjawab atas kehilangan tiga pokok hiasan bernilai RM50,000 di Kuala Terengganu pada Isnin minggu lalu telah diberkas pihak berkuasa.

Pemiliknya, Rus Majida Hassan, 34, mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang membantu menularkan insiden kecurian itu sehingga membawa kepada penahanan suspek baru-baru ini.

“Maaf saya tidak dapat beri butiran terperinci sehingga siasatan kes selesai dan pencuri dihadapkan ke muka pengadilan.

“Terima kasih kepada semua yang bantu kongsi dan tularkan kes ini. Tidak dapat saya balas budi baik anda semua,” katanya menerusi laman Facebook hari ini.

Rata-rata pengguna media sosial itu turut melahirkan rasa teruja mendengar perkembangan terbaharu kes tersebut dan berharap pokok tersebut dipulangkan kepada tuannya dengan kadar segera.

“Pokok-pokok dalam keadaan baik ke?,” soal Chah D’sweetest.

“Belum tahu cerita lagi. Harap boleh diselamatkan (pokok) kalau dapat balik. Sedang tunggu maklumat daripada polis,” balas Rus Majida.

“Syukur Alhamdulillah. Moga kes puan dapat pembelaan sewajarnya. Harap pokok-pokok selamat,” ujar Sarah Jan Mohammed.

Sumber : Kosmo

Tags: , , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *