CyberSecurity Malaysia Kongsi 5 Tips Kesejahteraan Siber| Kini, dunia semakin maju dengan pelbagai teknologi yang baru. Sungguhpun begitu, ada juga perkara negatif dan juga risiko yang perlu pengguna hadapi pada setiap teknologi.

Umum mengetahui, banyak jenayah siber yang kini sedang aktif antaranya adalah scam kepada pengguna untuk mendapatkan duit, menyebarkan info yang tidak sahih dan banyak lagi.

Berikut di bawah, Pihak CyberSecurity malaysia telah kongsikan 5 tips kesejahteraan siber kepada pengguna.

1.Hormati diri anda dan orang lain di dalam talian

Kongsi hanya perkara yang baik dan sentiasa waspada semasa membuat hantaran maklumat di dalam talian.

2. Sentiasa selamat di dalam talian

Kenal pasti rakan siber anda kerana kadangkala mereka mungkin akan mengancam diri anda.

3. Kekal berhubung dengan dunia sebenar

Luangkan masa dengan melakukan aktiviti fizikal dan bergembira bersama keluarga serta rakan taulan.

4. Bersuara dan lapor

Sekiranya anda berhadapan dengan aktiviti dalam talian yang mencurigakan, maklumkan kepada orang yang anda percaya atau lapor kepada pihak berkuasa.

5. Tetapkan matlamat penggunaan Internet

Berehat sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam untuk melakukan aktiviti fizikal. Belajar untuk menghargai dunia sebenar.

Sumber : Cyber Security Malaysia

Share.

Leave A Reply