Dakwa Parti Bersatu Lemah. Ini Jawapan BALAS Kepada Ahmad Maslan. | Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin membidas Ahmad Maslan kerana menyifatkan langkah Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin keluar Bersatu sebagai tanda kelemahan parti itu.

Hamzah dilaporkan Astro Awani hari ini berkata sebaliknya Bersatu kini sebuah parti yang kuat – dengan wakil dalam kabinet.

Ketika diminta mengulas kenyataan setiausaha agung Umno itu, Hamzah menegaskan keputusan seseorang individu untuk keluar tidak ada kaitan dengan parti itu sendiri.

Dia memberi amaran kepada ahli parlimen Pontian itu supaya mengelak daripada membuat kenyataan yang angkuh.

“Jangan cuba nak mengadu domba kerana Yang Amat Berhormat menjadi perdana menteri. Itu kedudukan jumlah yang ada dengan beliau, hanya sedikit saja.

“Yang lain-lain itu daripada parti-parti lain. Saya nak mengingatkan kepada Ahmad Maslan, jangan rasa besar sangat,” katanya.

Pada Jumaat, Ahmad dilaporkan mendakwa tindakan Zuraida keluar Bersatu untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) menandakan parti itu semakin lemah.

Sehubungan dengan kejadian itu, Ahmad menggesa undang-undang anti-lompat untuk dibentangkan di parlimen pada Julai ini, walaupun tiada sidang khas.

Khamis lalu, Ahli Parlimen Ampang Zuraida mengumumkan peletakan jawatannya daripada Bersatu.

Ini menimbulkan persoalan mengenai kedudukannya sebagai menteri, yang berdasarkan kuota Bersatu.

Zuraida bagaimanapun tidak meletak jawatan sebaliknya berkata dia akan membincangkan perkara itu dengan Ismail Sabri.

Sumber : MK

Share.

Leave A Reply