DAP mengambil pendekatan bersabar dan akan membuat penjelasan berhubung kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa parti itu cuba menyebar dan mempromosikan Islamofobia.

DAP Dituduh Islamfobia, Anthony Loke Bawa Pendekatan Bersabar

Bagaimanapun, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menegaskan sekiranya ada tuduhan dan dakwaan oleh Abdul Hadi tersebut berunsurkan fitnah, DAP akan membuat laporan polis.

Jelasnya, itu memang cuba melaga-lagakan DAP, sudah tentu apa yang kita capai sekarang ini, Kerajaan Perpaduan, mereka nak laga-lagakan.

Katanya lagi, pihak DAP kena bersabar dan akan buat penjelasan, namun kalau ada apa-apa perkara yang kami rasakan fitnah, maka kami akan buat laporan polis.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Persidangan Keempat (Belanjawan) Penggal Kelima DUN Negeri Sembilan Yang Ke-14 di sini, baru-baru ini menerusi laporan Awani.

Media pada Ahad melaporkan, Abdul Hadi melalui kenyataan mendakwa DAP bersikap melampau iaitu walaupun cuba menipu dengan menampilkan ahli, calon dan pemimpin daripada wajah Melayu Islam namun tidak boleh menghalalkan ideologinya yang bercanggah dengan Islam.

Dalam perkembangan lain, Anthony Loke yang juga ADUN Chennah sebelum itu, menjelaskan belum ada perbincangan secara menyeluruh mengenai lantikan Kabinet di peringkat Pakatan Harapan (PH).

Katanya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta setiap ketua parti untuk berbincang perkara tersebut malah bersedia untuk mendengar pandangan masing-masing.

Fahmi Fadzil Minta Hadi Report Polis Jika DAP Promosi Islampfobia

Dakwaan bahawa DAP yang juga komponen Pakatan Harapan (PH) mempromosikan Islamofobia kepada golongan bukan Islam di negara ini, sewajarnya dilapor kepada polis, jika ia terbukti benar.

DAP Dituduh Islamfobia, Anthony Loke Bawa Pendekatan Bersabar

Susulan itu, Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil, menggesa Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, membuat laporan polis jika mempunyai bukti sedemikian.

Pada masa sama, beliau meminta Abdul Hadi supaya berhenti daripada menyebarkan kebencian dan kepalsuan serta tidak bertindak menderhaka kepada titah Yang di-Pertuan Agong.

Jelasnya, jika benar DAP seperti apa yang dituduh, buat laporan polis. Biar pihak berkuasa ambil tindakan.

Ujarnya lagi, pada masa yang sama, ingat-ingatlah nasihat Yang di-Pertuan Agong supaya kita semua rapatkan saf demi masa depan Malaysia tercinta. Jangan derhaka.

Fahmi merujuk kepada kenyataan Abdul Hadi yang mendakwa DAP mempromosi Islamofobia kepada golongan bukan Islam, melalui Facebooknya, hari ini.

Abdul Hadi mendakwa, PAS terus menjadi sasaran DAP selepas melihat kemaraan parti itu meraih kerusi terbanyak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

DAP dakwanya, ibarat membaling batu di tengah khalayak ramai pada waktu siang demi kepentingan politiknya, selain menyebarkan Islamofobia kepada kaum bukan Islam.

Semalam, Abdul Hadi turut memuat naik kenyataan mempertikai pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10, yang heboh diperkatakan di media sosial.

Ini kerana beliau dikatakan menyindir keputusan pihak Istana Negara apabila mengaitkan pelantikan itu dengan masa kecederaan dalam perlawanan bola sepak.

Menggunakan analogi perlawanan bola sepak, Abdul Hadi mendakwa, cara pelantikan Anwar umpama memberikan masa tambahan bagi membolehkan Pakatan Harapan (PH) mengumpul lebih banyak Ahli Parlimen bagi menyokongnya.

Dalam kerancakan Piala Dunia yang sedang berlangsung, Abdul Hadi mendakwa ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah menang kerana berjaya melepasi 112 majoriti mudah, PH dan Anwar sebaliknya diberikan masa tambahan untuk mencari sokongan tambahan.

Share.

Leave A Reply