Dapat Call Positif Covid-19. Naik Ambulan Bila Sampai Wad Je Terkejut…

| April 16, 2020 | 0 Comments

Dapat Call Positif Covid-19. Naik Ambulan Bila Sampai Wad Je Terkejut… | Selepas dapat call disahkan positif Covid-19, Maghrib tu naik ambulan, bila sampai wad je terkejut. Baca selanjutnya.

Wad Negatif?

Pakcik, sabar ya. kami telah pun dapat dari makmal keputusan ujian saringan Covid-19 pakcik, dan dukacita dimaklumkan, kami dapati keputusan ujian tersebut adalah positif. Jadi saya minta pakcik untuk bersiap-siap, nanti lepas Maghrib insyaAllah ambulan akan ambil pakcik di rumah.

Saya terkedu seketika. Perasan dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu. Saya pandang ke bawah. Air mata isteri sudah berjurai laju, melihat diri saya dari bahagian bawah rumah. Anak bongsu pun sama. Mungkin mereka dapat agak keputusan yang baru saya perolehi tadi. Dengan berat hati, saya mula berkemas dan bersiap-siap untuk diambil ambulan ke hospital.

Sekitar pukul 8 malam, ambulan pun sampai. Siren berbunyi. Lampu merah biru menerangi kegelapan malam. Terlihat susuk biru keluar dari ambulan, staf kesihatan yang lengkap dengan set PPE keselamatan.

Assalamualaikum, ini Encik Zaini bin Atan ke? Sila ikut saya masuk ke dalam ambulan.

Isteri dan anak bongsu saya masih sebak. Dengan langkah yang longlai, saya masuk ke dalam ambulan. Saya merupakan orang pertama yang diambil, katanya ada 2 lagi tempat untuk disinggahi, Nilai dan Ampangan, untuk ambil 3 lagi individu yang positif Covid-19.

Selepas saya dan 3 lagi individu tersebut berada dalam ambulan, kami difahamkan yang kami akan dibawa ke hospital. Waktu ni kami tidak diberitahu kami akan di bawa ke hospital mana. Tapi yang kami pasti, ia bukan lah dekat dengan kediaman kami. Kepada Allah tempat saya bertawakal.

Lamunan saya terhenti bila bunyi siren ambulan sudah berhenti. Kami sampai di hospital dalam lingkungan pukul 11 malam. Saya terdengar dari perbualan staf kesihatan yang kami akan di bawa terus ke wad negatif di Hospital Rembau. Masa ini baru tahu yang kami telah dibawa ke Hospital Rembau. Tapi, kenapa ianya dipanggil wad negatif? Kami semua dah negatif Covid-19 ke?

Dipendekkan cerita, akhirnya saya bertemu juga dengan jawapan kenapa wad isolasi ini dipanggil juga dengan wad negatif? Rupanya bukan sebab saya dah confirm negatif Covid-19, tetapi rupanya adalah…

Apa Terjadi Seterusnya ? Seperti yang diceritakan oleh Tuan Haji Zaini Atan. Baca pengalaman penuh 110 muka surat beliau di sini >> http://kisahpakcikcovid19.com/


InsyaAllah setiap unit ebook terjual, RM1 akan didermakan ke Tabung Covid 19 Negara.

Baca pengalaman penuh 110 muka surat beliau di sini >> http://kisahpakcikcovid19.com/

Baca pengalaman penuh 110 muka surat beliau di sini >> http://kisahpakcikcovid19.com/

Baca pengalaman penuh 110 muka surat beliau di sini >> http://kisahpakcikcovid19.com/

Tags: , , , , , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *