Datuk Rodzi, Ketua Pengarah Keselamatan MKN Yang Baharu | Datuk Rodzi Md Saad dilantik sebagai Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang baharu berkuat kuasa pada Khamis.

Datuk Rodzi, Ketua Pengarah Keselamatan MKN Yang Baharu

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, Rodzi telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 31 tahun dan berpengalaman luas dalam pelbagai bidang termasuk keselamatan dan pengurusan bencana. Sebelum Rodzi telah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan) MKN.

Syabas dan tahniah atas pelantikan Rodzi sebagai Ketua Pengarah Keselamatan Negara berkuat kuasa pada 15 Julai 2021. Beliau yakin dengan kepakaran dan pengalaman yang dimiliki oleh Rodzi. yakin beliau mampu menerajui MKN dalam meneruskan legasi kecemerlangan pentadbiran dan pengurusan keselamatan dan bencana di Malaysia terutamanya menangani pandemik Covid-19.

Rodzi, 57, merupakan seorang yang berkelulusan ljazah Sarjana Muda Demografi dan Kajian Kependudukan (Kepujian) dari Universiti Malaya.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply