Daun Semambu Penawar Covid-19. Ini Penjelasan Pakar Dan YB KJ Buat Ramai Setuju.

| March 26, 2020 | 0 Comments

Daun Semambu Penawar Covid-19. Ini Penjelasan Pakar Dan YB KJ Buat Ramai Setuju. | Dakwaan mengatakan daun semambu mampu merawat jangkitan virus Covid-19 adalah tidak benar, kata Fellow Akademi Sains Malaysia yang juga pakar epidemiologi dan statistik perubatan, Profesor Datuk Dr. Awang Bulgiba Awang Mahmud.

Menganggap ia perkara pelik, Dr. Awang Bulbiga berkata, meskipun herba itu pernah diuji untuk merawat penyakit lain namun ia tidak menunjukkan sebarang kesan positif terhadap pesakit.

“Saya pun pelik… Saya pernah bertanya kepada seorang sahabat mengenainya sama ada ia pernah digunakan untuk merawat mana-mana penyakit? Memang ia telah diuji untuk penyakit lain tetapi ia tak berkesan.

“Apa dikatakan berkesan itu, mungkin dalam satu atau dua kes. Mungkin tiada kena mengena dengan daun semambu.

“Mungkin penyakit itu sembuh dengan sendiri atau ada makanan lain dan ketahanan badan yang kuat telah menyembuhkan pesakit,” katanya.

Jelas Dr, Awang Bulbiga, apa juga kaedah yang dikatakan sebagai rawatan jangan terima bulat-bulat kerana ia harus menjalani kajian mengikut piawaian tertentu,” katanya.

Dr. Awang Bulbiga menjawab soalan itu yang dikemukakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin menerusi sidang video forum Penyesuaian Terhadap Cabaran Covid-19 yang disiarkan di laman Facebook Astro Awani pada Khamis.

Sejak beberapa hari lalu, daun semambu menjadi perhatian apabila ada pihak menyebarkan dakwaan kononnya ia mampu merawat dan mencegah virus Covid-19.

Tanpa mengetahui kesahihan mengenai keberkesanan dakwaan itu, ramai dilihat mula membincangkan mengenainya dan tidak kurang ingin mencari daun semambu untuk dijadikan ubat virus itu.

Sementara itu, Khairy memberitahu sebarang bentuk pencegahan dan memerangi wabak Covid-19 perlu berlandaskan kepada sains.

Khairy turut menasihati orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan penyebaran maklumat palsu di media sosial.

Sumber : Mstar

Tags: , , , , , , , , ,

Category: INFORMASI, KESIHATAN, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *