Deligasi Dunia Terus Kerumun Tun Mahathir Lepas Habis Berucap Di PBB. Ini Puncanya.. | Tak sangka sejurus lepas Tun Mahathir abis berucap di sidang PBB je, ramai delegasi dari seluruh dunia terus kerumun Tun Mahathir. Puncanya buat ramai rakyat Malaysia jadi bangga. Tak sangka.
UCAPAN YANG LANTANG DAN BERANI
SEJURUS menghabiskan ucapan ikonik yang sarat dengan isu sejagat di pentas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-73 di New York, Amerika Syarikat, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi tumpuan di belakang pentas, ibarat seorang bintang popular.
Dalam sebuah rakaman video yang dimuat naik ke Twitter oleh salah seorang pegawai kanannya, Dr Mahathir dilihat dikerumuni delegasi dari pelbagai negara.
“Terima kasih atas sokongan anda,” ucap seorang delegasi yang bersalam dengan Dr Mahathir, sambil disusuli sapaan delegasi lain yang mahu bersalam, bergambar dan bertanyakan sesuatu kepada beliau.
Dalam ucapan Dr Mahathir, antara isu kritikal yang disentuh oleh beliau adalah tentang isu Palestin dan cengkaman kuasa Israel yang membawa pelbagai masalah sedunia.
“Dunia tidak peduli walaupun Israel melanggar undang-undang antarabangsa, merampas kapal yang membawa ubat-ubatan, makanan dan bahan binaan di perairan antarabangsa,” tegas beliau.
Dr Mahathir juga membidas Myanmar atas apa yang berlaku terhadap nasib golongan Rohingya di Rakhine.
Dengan mempersoal penerima Anugerah Nobel Keamanan Laureate, Aung San Suu Kyi, Dr Mahathir berkata tidak bererti sebuah negara yang merdeka, bebas untuk melakukan apa sahaja.
Selain itu, Malaysia mengemukakan cadangan supaya kuasa veto PBB hanya dianggotai dua kuasa besar dunia, dan bukan lima.
Perdana Menteri berkata, kuasa veto itu juga perlu disokong oleh tiga lagi anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB.
Malah, beliau mencadangkan sebarang resolusi perlu mendapatkan majoriti mudah anggota. (Sumber: Astro Awani)
TEKS PENUH UCAPAN TUN MAHATHIR DALAM SIDANG PBB
Bebaskan Palestin: Ancaman Israel punca peperangan dunia – Tun M
Punca utama kepada peperangan dan keganasan perlu ditangani dalam memastikan dunia lebih aman dan harmoni.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan punca tersebut adalah disebabkan penindasan yang berlaku terhadap Palestin.
“Dunia tidak peduli walaupun Israel melanggar undang-undang antarabangsa, merampas kapal yang membawa ubat-ubatan, makanan dan bahan binaan di perairan antarabangsa.
“Palestin melancarkan roket yang tidak memberi kesan langsung kepada Israel. Tindakan balas besar-besaran telah dibuat Israel, mengebom hospital, sekolah dan bangunan, membunuh orang awam yang tidak bersalah termasuk anak sekolah dan pesakit hospital serta banyak lagi.
“Dunia memberi ganjaran kepada Israel, dengan sengaja memprovokasi Palestin dengan mengakui Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel,” kata beliau pada sesi perbahasan umum Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA) Ke-73 di sini hari ini.
Beliau pada masa sama mahu supaya Palestin mendapatkan semula tanah mereka dan hidup bebas tanpa sebarang ancaman.
“Biarkan rakyat Palestin kembali untuk menuntut semula tanah mereka. Jadikanlah mereka sebuah negara. Biarlah ia berteraskan keadilan dan undang-undang.
“Berjuang dengan mereka tidak akan menghentikan keganasan,” tambah beliau.
Justeru, beliau mengingatkan PBB, di mana badan dunia yang berteraskan keamanan dan kemapanan suoaya mengakhiri segera peperangan di negara itu. (Sumber: Astro Awani)
Bela nasib Rohingya: Tun Mahathir bidas Aung San di PBB
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membidas Myanmar atas apa yang berlaku terhadap nasib golongan Rohingya di Rakhine.
Dengan mempersoal penerima Anugerah Nobel Keamanan Laureate, Aung San Suu Kyi, Dr Mahathir berkata tidak bererti sebuah negara yang merdeka, bebas untuk melakukan apa sahaja.
“Di Myanmar, umat Islam di Rakhine dibunuh, rumah mereka dibakar serta jutaan pelarian telah dipaksa untuk melarikan diri hingga lemas di lautan, tinggal di pondok sementara, tanpa air dan makanan, tanpa sistem sanitasi yang sempirna.
“Bagaimanapun, pihak berkuasa Myanmar termasuk penerima Anugerah Nobel Keamaan Laureate menafikan perkara ini berlaku.
“Tapi adakah dunia tidak melakukan apa-apa terhadap pembunuhan yang berlaku?
“Semua negara bebas (untuk melakukan apa-apa). Tapi adakah ini bermakna mereka mempunyai hak untuk membunuh rakyat sendiri, hanya disebabkan mereka adalah bebas?” kata beliau pada sesi perbahasan umum Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA) Ke-73 di sini hari ini.
Ujar beliau, walaupun beliau kekal dengan prinsip untuk tidak masuk campur terhadap hal ehwal negara lain, namun pembunuhan massa yang berlaku tidak bermakna negara lain serta badan dunia perlu ‘menutup mulut’.
Hanya perlu 2 kuasa veto, disokong 3 Majlis Keselamatan PBB – Tun M
Malaysia mengemukakan cadangan supaya kuasa veto Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) hanya dianggotai oleh dua kuasa besar dunia, dan bukan lima.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kuasa veto itu juga perlu disokong oleh tiga lagi anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB.
Malah, beliau mencadangkan sebarang resolusi perlu mendapatkan majoriti mudah anggota.
“Saya telah mencadangkan supaya veto tidak hanya dianggotai satu anggota tetap tetapi sekurang-kurangnya dua kuasa yang disokong oleh tiga anggota tidak tetap Majlis Keselamatan (PBB).
“Perhimpunan Agung pula perlu membuat ketetapan menerusi majoriti mudah.
“Saya enggan menyatakan dengan lebih lanjut berhubung perkara ini,” katanya pada sesi perbahasan umum Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA) Ke-73 di sini hari ini.
Beliau mengakui, bahawa dunia menerima bencana sekiranya PBB tidak berfungsi.
Malah, PBB perlu mempunyai dana yang kukuh sekali gus tidak ada mana-mana pihak yang wajar mengecam badan dunia itu hanya disebabkan oleh kekurangan dana kewangan. (Sumber: Astro Awani)