Demi Content. Wanita [email protected] Sebelum Sempat Lakon Aksi Bvnuh Diri. | Jakarta: Demi kandungan, seorang wanita sanggup berlakon bunuh diri, namun nasib tidak menyebelahinya apabila tergelincir hingga menyebabkannya tergantung dan meninggal dunia serta-merta.
Tragedi malang itu berlaku kepada wanita di Kampung Cibeber, Leuwiliang, Bogor, Jawa Barat, 1 Mac lalu.
Wanita berusia 21 tahun itu ditemukan mati tergantung pada kain yang diikat pada bahagian pengudaraan di pintu.
Ketua Polis Leuwiliang, Agus Supriyanto mengesahkan, wanita itu menyampaikan niatnya membuat kandungan lakonan bunuh diri, sebelum memuat naiknya di media sosial kepada seorang rakannya ketika mereka bersembang dalam panggilan video.
“Wanita itu yang bekerja sebagai pelayan kafeteria itu segera menunjukkan aksi gantung diri itu kepada rakannya itu.
“Ketika itulah mangsa tergelincir dari kerusi yang dipijaknya hingga menyebabkannya tergantung,” katanya semalam.
Katanya, rakannya yang masih dalam panggilan video itu terkejut dan terus ke rumah mangsa bagi menyelamatkannya, namun sudah terlambat.
“Tetapi apabila sampai di tempat kejadian, mangsa dilihat dalam keadaan tergantung pada seutas kain yang diikat di atas pengudaraan pintu.
“Rakan mangsa itu terus melaporkan kejadian kepada polis,” katanya dalam portal Kompas.com
Mangsa dibawa untuk bedah siasat di Hospital Leuwilian dan hasilnya tiada tanda jenayah kekerasan berlaku pada anggota badan wanita itu.
“Hasil pemeriksaan yang dilakukan, mangsa meninggal dunia akibat jerutan pada bahagian lehernya,” katanya.
Katanya, jenazah mangsa sudah diserahkan kepada keluarganya dan mereka reda dengan menganggap kematian wanita itu sebagai satu kemalangan.
Sumber : HM
ARTIKEL LAIN UNTUK DIBACA
Padah Demi ‘Content’ Tahan Lori, Remaja Lelaki [email protected] Dilanggar | Tindakan nekad seorang remaja lelaki di Indonesia untuk menghalang sebuah lori dipercayai semata-mata untuk kandungan (content) berakhir dengan tragedi ngeri apabila dia dilanggar ketika melintas jalan hingga maut, lapor Tribun Jateng.
Difahamkan, jenazah remaja lelaki itu kemudiannya diletakkan di jalan raya bahagian bawah (dipercayai tebing) berdekatan dengan tol Gunung Putri, Daerah Bogor pada Sabtu.
Video tersebut tular di media sosial dan salah satunya dikongsi menerusi akaun Instagram.
Ketua Polis Gunung Putri Bogor Tri Nugraha mengesahkan sehingga kini identiti mayat remaja itu masih belum diketahui.
Beliau berkata bahawa betul, ini mangsa kemalangan yang belum diketahui identitinya.
Katanya pada Sabtu bahawa budak lelaki itu dan rakannya menahan lori secara paksa dan akhirnya dilanggar. Identiti lori itu belum diketahui.
Dalam pada itu, kes tersebut dikendalikan oleh Unit Trafik Polis Bogor dan siasatan masih dijalankan.
Ipda Angga Nugraha, Ketua Unit Bantuan Guaman Polis Bogor, berkata pihak mereka masih menjalankan siasatan ke atas kes yang berlaku.
Sumber: Siakap Keli
Artikel Lain
Sanggup Gadai Nyawa Demi ‘Content’, Remaja Parah Dilanggar Lori
Sebelum ini tular berkaitan aktiviti sekelompok golongan remaja yang sanggup menggadai nyawa demi ‘content‘ mendapatkan video untuk dipaparkan di media sosial.
Antara content berbahaya dilakukan adalah dengan berdiri di tengah jalan raya ketika lori besar sedang memecut laju dan cuba untuk mengelaknya.
Ramai sebelum ini yang mengecam tindakan kelompok remaja yang membahayakan diri sendiri dengan melakukan content sedemikian.
Terbaharu, aktiviti itu akhirnya mengundang padah apabila seorang remaja mengalami kecederaan selepas didakwa dirempuh sebuah lori ketika ingin membuat content tersebut.
Kejadian berlaku pada Rabu lalu di Jalan Raya Sukamanah Rumpin, Bogor, Indonesia dan sempat dirakam orang ramai yang berada di lokasi kejadian sebelum tular di media sosial.
Menerusi video tersebut, remaja itu dilihat sudah terbaring di tengah jalan raya dalam keadaan menahan kesakitan akibat dirempuh lori.
Individu yang merakam video itu juga memaklumkan yang remaja itu telah dilanggar sebuah kereta manakala rakan-rakannya yang turut bersamanya sebelum itu telah melarikan diri.
Difahamkan, mangsa kemudian telah dibawa oleh orang ramai ke hospital dan berada dalam keadaan stabil.
Sementara itu, warganet berharap supaya tragedi itu bukan sahaja menjadi pengajaran kepada kumpulan yang melakukan content sedemikian, tetapi juga kepada ibu bapa supaya dapat memantau aktiviti seharian anak-anak mereka.
Sumber: Majoriti
Buat ‘Content’ Di Bawah Landasan Kereta Api, YouTuber Berdepan Hukuman Penjara
Buat ‘Content’ Di Bawah Landasan Kereta Api, YouTuber Berdepan Hukuman Penjara | Seorang pesohor YouTube di Indonesia berdepan hukuman penjara tiga bulan kerana berdiri di bawah landasan ketika tren bergerak laju semata-mata untuk menghasilkan kandungan tular.
Dede Inoen melakukan aksi berbahaya itu di Cianjur, dalam wilayah Jawa Barat dan memuat naik video tersebut pada Disember tahun lalu. Ia bagaimanapun hanya menjadi tular baru-baru ini.
Dalam videonya, dia berada di bawah landasan kereta api di sebuah jambatan sepanjang beberapa puluh meter yang dibina merentasi sebatang sungai.
Dia merakam gambar kepalanya terjojol keluar di landasan tersebut.
Sebuah kereta api kemudiannya meluncur laju ke arah mereka dan Dede meneruskan rakaman dengan keadaan dirinya berada di bawah badan kereta api.
Menurut Dede, dia pada awalnya berada di kawasan landasan kereta api itu untuk menangkap ular bagi dijadikan bahan pembelajaran.
“Kandungan video itu sebenarnya adalah untuk mencari ular, namun ketika menyeberangi jambatan, sebuah kereta api melalui landasan tersebut.
“Disebabkan itu, saya hanya berdiri di jambatan itu kerana berbahaya jika saya melompat ke dalam sungai,” jelasnya.
Disebabkan aksi berbahaya itu, Dede berdepan hukuman penjara tiga bulan atau denda 15 juta rupiah (RM4,403) di bawah Perkara 199 Undang-Undang No 23 Tahun 2007 mengenai Kereta Api.
Dia bagaimanapun diberi peluang untuk membuat permohonan maaf yang dimuat naik di platform media sosial miliknya bagi mengelakkan daripada didakwa. – AGENSI
Sumber: KMN