Demi Elak Hutang, Seorang Lelaki Sanggup Buat Laporan Palsu

| April 18, 2021 | 0 Comments

Demi Elak Hutang, Seorang Lelaki Sanggup Buat Laporan Palsu | Manusia apabila sudah dalam keadaan terdesak pelbagai cara akan dilakukan oleh mereka untuk memastikan mereka berjaya untuk keluar dari situasi terdesak itu meskipun dengan menggunakan cara yang kotor. Hal yang sama turut terjadi kepada lelaki ini apabila ia sanggup untuk membuat laporan palsu semata-mata untuk mengelak daripada membayar hutang.

Demi Elak Hutang, Seorang Lelaki Sanggup Buat Laporan Palsu

Sungai Siput: Seorang lelaki yang bekerja sebagai pekerja kontrak sanggup untuk membuat laporan palsu mendakwa dirinya diragut penunggang motosikal di pekan ini pada 8 April lalu disebabkan mahu mengelak daripada membayar hutang ceti haram.

Tindakannya bagaimanapun hanya mengundang padah apabila Mahkamah Majistret di sini, hari ini menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM 2,000 terhadapnya tas kesalahan berkenaan.

Majistret Nurul Asyifa Redzuanmemutuskan demikian selepas R Kumaran,41, mengaku bersalah tehadap pertuduhan terbabit.

Hukuman yang sama turut dikenakan kepada seorang pemandu lori, B Prasad Kumar,33, yang mengaku membuat laporan polis palsu kononya diragut bagi mengelak dikenakan denda yang tinggi selepas ked pengenalannya hilang.

Mengikut pertuduhan, Kumaran didakwa dengan sengaja memberi maklumat bertulis yang diketahui palsu dan menyebabkan seorang penjawat awam menggunakan kuasanya yang sah di sisi undang-undang untuk melakukan apa-apa perkara yang sepatutnya tidak dilakukan.

Sementara Prasad dituduh memberi maklumat bertulis  yang diketahui palsu bagi tujuan yang sama di lokasi serupa pada jam 2.40 pagi, 10 April 2021.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM 2,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Jean Siow Chung Hwei, sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Sumber: Metro

 

Tags: , , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *