Demi Nak Kembali Semula Dengan Bekas Suami, Wanita Sanggup Upah Pembunuh Untuk Bunuh Ibu Mentua Dan Anak Tiri

| March 15, 2021 | 0 Comments

Demi Nak Kembali Semula Dengan Bekas Suami, Wanita Sanggup Upah Pembunuh Untuk Bunuh Ibu Mentua Dan Anak Tiri | Seorang wanita mengaku bersalah pada khamis yang lalu di atas kesalahan mengupah pembunuh untuk membunuh ibu mentua demi berbaik semula bersama bekas suaminya.

Elsy Rodriguez Garcia, 25, yang berasal dari Stesen Huntington, mengaku bersalah atas satu tuduhan konspirasi peringkat kedua dan akan dijatuhkan hukuman dua hingga enam tahun penjara.

“Ini adalah kes yang mengejutkan dan sedikit ‘mengganggu” kata Peguam Daerah.”Niat beliau sangat jelas untuk membunuh ibu mentuanya dan bersedia untuk mengupah pembunuh”

Menurut pendakwa raya, bukan hanya ibu mentuanya sahaja, bahkan anak perempuan hasil dari hubungan suaminya 5 tahun yang lepas juga turut menjadi sasaran.

Di samping itu, pesalah juga dikatakan mempunyai seorang anak lelaki bersama bekas suaminya dan cemburu melihat bekas suaminya banyak menghabiskan masa bersama ibu mentua dan juga anak tiri perempuannya. Dia turut berharap agar dapat ‘menyingkirkan’ kedua-dua mangsa tersebut dan kembali semula bersama bekas suaminya.

Pada Julai 2019, dikatakan Elsy telah menghubungi rakan konspirasinya itu melalui aplikasi WhatsApp dan meminta rakannya untuk mengupah pembunuh bagi menjalankan rancangannya itu. Dia juga turut meminta untuk menjadikan pembunuhan tersebut sebagai salah satu kes rompakan.

Bekas suaminya yang menyedari rancangannya itu terus melaporkan pada pihak berkuasa. Lalu, polis segera mengarahkan rakan konspirasinya untuk menghantar foto yang berlainan seolah-olah ibu mentua dan anak tirinya betul-betul dibunuh.

Setelah menerima foto tersebut, Elsy bersetuju untuk memasukkan $ 6,000 (RM24,696) sebagai upah. Dia ditangkap pada keesokan harinya dan dijadualkan akan dijatuhkan hukuman pada 15 April.

Sumber: New York Post

Tags: , , , , , , ,

Category: JENAYAH, KELUARGA, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *