Demi Upah RM30, Seorang Lelaki Sanggup Seludup Minyak

| April 6, 2021 | 0 Comments

Demi Upah RM30, Seorang Lelaki Sanggup Seludup Minyak | Apabila diri sudah dikelabui dengan wang pelbagai perkara sanggup dilakukan demi mendapatkan wang tanpa memikirkan kesan dan akibat daripada perbuatan itu. Hal yang sama turut terjadi kepada seorang lelaki yang sanggup menyeludup minyak ke sempadan demi upah sebanyak RM30.

Tumpat: Hanya kerana upah sebanyak RM30, seorang lelaki tidak serik untuk terlibat dalam kegiatan penyeludupan minyak petrol ke negara jiran, meskipun pernah ditahan oleh pihak berkuasa sebelum ini.

Difahamkan, untuk upah sebanyak itu, suspek yang berusia 30-an itu hanya perlu mengisi minyak petrol dari stesen minyak dan menghantarnya ke lokasi transit dengan upah akan dibayar bagi setiap ‘job’ yang dijalankan.

Berikutan itu, lelaki berkenaan melakukan kerja itu sekurang-kurangnya tiga kali sehari.

Kegiatannya berjaya dikesan semalam, menerusi operasi bersepadu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Kelantan, Azanizam Affendi Juri berkata, suspek ditahan di sebuah stesen minyak di Wakaf Bharu ketika sedang mengisi petrol dalam tangki Proton Saga yang telah diubah suai.

“Ketika ditahan, pemeriksaan segera dilakukan dan menemui barang kawalan iaitu petrol dalam tangki tambahan itu yang dianggarkan sebanyak 100 liter.

“Turut ditemui tiga tong plastik berisi minyak dengan anggaran 30 liter dalam kenderaan itu dipercayai untuk diseludup ke negara jiran,”katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Azanizam berkata, pihaknya merampas petrol dan kenderaan itu dengan keseluruhannya bernilai RM 3,266.50.

Katanya, semakan mendapati suspek pernah didenda atas kesalahan sama sebelum ini, dan akan berdepan dengan hukuman dengan lebih tinggi kerana mengulangi kesalahan.

“Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan tanpa lesen, permit atau kebenaran pengawal,”katanya.

Sumber: Metro

 

Tags: , , , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *