Dera Cucu OKU Hingga Mati, Nenek Dan Bapa Kandung Didakwa Bunuh

| January 20, 2021 | 0 Comments

Dera Cucu OKU Hingga Mati, Nenek Dan Bapa Kandung Didakwa Bunuh | Kejam dan tiada perikemanusiaan, itulah gambaran kepada saspek yang tergamak mendera cucu OKU hingga mati. Baca selanjutnya..

DERA GUNA ROTAN, UBAT NYAMUK DAN DIPIJAK PERUT

Selayang – Seorang nenek didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh cucu perempuan saudaranya berusia lima tahun yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) Disember tahun lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh Ipzuma Ambo ,55, yang juga warga Indonesia selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nik Mohd. Fadli Nik Azlan kerana kes itu dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Ipzuma yang bekerja sebagai pembantu rumah itu didakwa dengan niat telah melakukan bunuh ke atas seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun.

Kesalahan itu didakwa di sebuah rumah di Kampung Sungai Chin Chin, Gombak di sini antara 28 Disember 2020 pukul 12.01 pagi sehingga 30 Disember 2020 pukul 8.10 malam.

Pertuduhan dikemukakan Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding itu pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ain Shafie dan Nur Shasha Hidayah Nor Azahar manakala tertuduh diwakili peguam Suriati Che Arifin.

Tarikh 18 Februari ini ditetapkan untuk sebutan semula kes.

Sementara itu di Mahkamah Sesyen, di hadapan Hakim Maziah Joary Mohd. Tajudin bapa kandung kepada kanak-kanak itu berusia 34 tahun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengabaikan mangsa yang sama.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai pemandu lori didakwa sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anaknya telah mengabaikan iaitu dengan menyebabkan kecederaan fizikal pada tubuh badan kanak-kanak itu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 1 Januari sehingga 30 Disember 2020 di rumah sama yang didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 31(1) akta sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Nurul Ain yang turut mewakili pendakwaan menawarkan jaminan RM15,000 berserta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berdekatan setiap bulan dan tidak dibenarkan menganggu saksi pendakwaan.

Bagaimanapun Suriati memohon jumlah jaminan itu dikurangkan dengan alasan anak guamnya tidak berkemampuan untuk membayar jumlah jamin itu.

Mahkamah kemudian membenarkan lelaki itu diikat jamin RM8,000 berserta syarat tambahan seperti yang dipohon pihak pendakwaan dan menetapkan tarikh sama bagi sebutan semula kes.

Pada 6 Januari lalu, media melaporkan seorang kanak-kanak perempuan OKU mati disyaki akibat didera oleh nenek saudara dan ahli keluarga sebelah bapa di rumahnya di Kampung Sungai Cincin, Gombak pada 30 Disember lalu.

Mangsa berusia lima tahun dan menghidap Hydrocephalus iaitu lebihan cecair otak sejak lahir yang tidak dapat jalan dengan sempurna disyaki didera menggunakan rotan dan ubat nyamuk, selain dipijak di bahagian perut.

Sumber : Kosmo

Tags: , , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *