Di sebalik desakan untuk segera mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan tidak akan terburu-buru melakukannya.

Desakan PRU-15 Diadakan. Ini Jawapan PM Kepada Umum

Sebaliknya, kata Perdana Menteri, PRU15 hanya akan diadakan setelah Barisan Nasional (BN) bersedia sepenuhnya.

Menurut Ismail Sabri, apa yang perlu diberi tumpuan oleh kerajaan ialah melakukan penelitian yang mendalam selain mengambil kira semua pendapat sebelum Dewan Rakyat dibubarkan.

Jelasnya, setiap keputusan kita akan bincang, kita akan bincang dalam parti… dia (keputusan) tak boleh di (buat) di dalam ada satu kumpulan kecil, yang menjerit-jerit nak pilihan raya maka kita buat pilihan raya.

Ismail Sabri berkata, semua keputusan mesti dibincangkan secara serius di dalam parti… ini (pilihan raya) merupakan satu perkara yang besar. Jadi, parti akan bincang dan akan membuat keputusan, selepas itu mungkin beberapa perkara lain juga perlu dilihat… ada prosedur.

Jelasnya, setiap keputusan kita akan bincang, kita akan bincang dalam parti… dia (keputusan) tak boleh di (buat) di dalam ada satu kumpulan kecil, yang menjerit-jerit nak pilihan raya maka kita buat pilihan raya.

Katanya lagi, semua keputusan mesti dibincangkan secara serius di dalam parti… ini (pilihan raya) merupakan satu perkara yang besar. Jadi, parti akan bincang dan akan membuat keputusan, selepas itu mungkin beberapa perkara lain juga perlu dilihat… ada prosedur.

Perdana Menteri berkata demikian kepada wartawan selepas menghadiri program Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia di sini, pada Ahad.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas desakan beberapa pihak agar PRU15 segera diadakan susulan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, keputusan PRN Johor perlu diterima semua masyarakat dan kerajaan yang telah dipilih perlu disokong demi keluarga besar Malaysia bersama-sama bangunkan negara.

Beliau berharap selepas kemenangan ini tidak ada perpecahan sesama masyarakat rakyat di Johor… seperti yang dikata kita perlukan kerajaan yang stabil untuk membangunkan negeri Johor.

Ujar beliau lagi, semua pihak menang atau kalah terutama perlulah menyokong kerajaan negeri Johor ini untuk membangunkan negeri itu sendiri.

Pada PRN Johor yang berlangsung pada Sabtu, BN berjaya membentuk kerajaan negeri apabila meraih kemenangan selesa melebihi majoriti dua pertiga.

Gabungan berkenaan memperoleh 40 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan pada PRN Johor ke-15.

Keputusan rasmi yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga menyaksikan PH dan Muda memenangi 13 kerusi sementara Perikatan Nasional menang di tiga kerusi.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply