Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyangkal dakwaan berlaku desakan supaya beliau dipecat sebagai Naib Presiden UMNO sekiranya tidak menunaikan permintaan parti membubarkan Parlimen secepat mungkin.

Desas-Desus Dipecat Dari UMNO. 'Ini' Komen Ismail Sabri

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bera berkata, gesaan dan desakan itu tidak berlaku sebaliknya perbincangan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berlangsung dalam keadaan mesra.

Beliau berkata, tak, tak ada apa, kita bincang dalam mesyuarat Majlis Tertinggi malam itu (Sabtu) dalam keadaan suasana mesra dan sebagainya.

Tambahnya lagi, tidak ada isu, kadang-kadang orang luar melihat lain daripada apa yang berlaku di dalam.

Mengulas mengenai khabar angin kononnya beliau akan dipecat oleh UMNO, tegas Ismail Sabri, tiada isu mengenai perkara itu.

Sebaliknya kata Ismail Sabri, perbezaan pandangan adalah perkara biasa dan diraikan oleh UMNO.

Jelasnya, tidak ada apa-apa isu dalam UMNO, perbezaaan pandangan adalah perkara biasa, itu diraikan.

Sebelumnya media melaporkan bahawa pada sabtu lalu, Ismail antara yang hadir dalam mesyuarat MKT UMNO yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Antara dibincangkan dalam mesyuarat itu, solidariti memperkukuhkan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) selain usaha menstabilkan ekonomi dan negara.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply