Detik Cemas 4 Lelaki Tersepit Dalam Kereta Dihempap Pokok | Empat lelaki berdepan detik cemas apabila kereta yang dinaiki mereka dihempap sebatang pokok tumbang dalam kejadian tanah runtuh di Tanah Rata dekat sini semalam.

Detik Cemas 4 Lelaki Tersepit Dalam Kereta Dihempap Pokok

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani, berkata kejadian berlaku berhampiran Hotel Smoke House di sini kira-kira pukul 4 petang semalam.

“Keempat-empat mangsa tersepit dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) berjaya dikeluarkan yang mana dua mangsa dikeluarkan oleh orang awam dan dua lagi dikeluarkan oleh anggota bomba.

“Kesemua mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highlands untuk rawatan lanjut,”katanya di sini, semalam.

Dalam pada itu Ismail berkata, hujan lebat selama dua jam menyebabkan berlaku sembilan kejadian tanah runtuh di beberapa lokasi di daerah ini sehingga menyebabkan laluan terputus.

Beliau memberitahu pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian pertama pada pukul 4.16 petang dan sehingga pukul 7 petang ini sembilan lokasi dikenal pasti berlaku tanah runtuh.

“Sembilan lokasi terbabit adalah tiga di Brinchang, Tanah Rata (tiga lokasi) dan Ringlet (tiga lokasi), hampir semua kejadian tanah runtuh terbabit menghalang laluan tanpa melibatkan kemalangan jiwa,” ujarnya.

May be an image of 1 person, car and Detik Cemas 4 Lelaki Tersepit Dalam Kereta Dihempap Pokok

Detik Cemas 4 Lelaki Tersepit Dalam Kereta Dihempap Pokok

Detik Cemas 4 Lelaki Tersepit Dalam Kereta Dihempap Pokok

Detik Cemas 4 Lelaki Tersepit Dalam Kereta Dihempap Pokok

Detik Cemas 4 Lelaki Tersepit Dalam Kereta Dihempap Pokok

Detik Cemas 4 Lelaki Tersepit Dalam Kereta Dihempap Pokok

Detik Cemas 4 Lelaki Tersepit Dalam Kereta Dihempap Pokok

Detik Cemas 4 Lelaki Tersepit Dalam Kereta Dihempap Pokok

Detik Cemas 4 Lelaki Tersepit Dalam Kereta Dihempap Pokok

Detik Cemas 4 Lelaki Tersepit Dalam Kereta Dihempap Pokok

Sumber : Kosmo, Inforoadblock

Share.

Leave A Reply