Detik Cemas, Masyarakat Prihatin Bantu Berhentikan Kereta Yang Dibawa Lari Perompak. Ada Video

| April 14, 2021 | 0 Comments

Detik Cemas, Masyarakat Prihatin Bantu Berhentikan Kereta Yang Dibawa Lari Perompak. Ada Video | Masyarakat di negara kita perlu diberi penganugerahan atas bakti mereka yang menjadi masyarakat prihatin selepas tular satu video di media sosial twitter yang memaparkan keberanian orang awam untuk memberhentikan sebuah kenderaan yang dipercayai telah dibawa lari oleh seorang lelaki, di sini, baru-baru ini.

Detik Cemas, Masyarakat Prihatin Bantu Berhentikan Kereta Yang Dibawa Lari Perompak. Ada Video

Tular dua video di media sosial selepas rakaman tersebut dipercayai telah direkodkan oleh dash kamera yang telah dipasang oleh sebuah kenderaan milik orang awam yang memaparkan seorang wanita yang dilihat gelisah selepas kereta jenis Honda City miliknya telah dibawa lari oleh seorang lelaki ketika sedang berhenti di lampu isyarat.

Orang awam yang berada di tempat kejadian turut membantu wanita malang tersebut selepas video berdurasi 1 minit 23 saat itu menunjukkan beberapa kereta milik orang awam sedang memecut laju bagi mengejar lelaki yang membawa lari kenderaan tersebut. Kenderaan jenis Proton Saga berwarna Ungu Gelap dilihat berjaya memintas Honda City tersebut sebelum kereta milik orang awam yang lain turut memandu di sebelah kereta tersebut bagi menyekat laluannya dari terus bergerak.

Video sambungan berdurasi 1 minit dan 23 saat tersebut menunjukkan kenderaan tersebut telah berjaya disekat oleh empat jenis kenderaan dari pelbagai sudut dan Honda City berwarna Hitam tersebut dilihat tidak dapat bergerak atau melarikan diri selepas berjaya dikepung oleh beberapa kenderaan yang dipandu orang awam.

Setelah itu, pemandu kenderaan di belakang Honda City itu dilihat telah melanggar bahagian belakang kenderaan supaya kenderaan tersebut tidak boleh bergerak lalu muncul seorang lelaki berbaju hitam yang dilihat memulakan tindakan dengan mengetuk pintu kenderaan tersebut sebelum berjaya menarik keluar perompak yang berada di tempat pemandu. Perompak tersebut kemudian terlihat ‘cenggang’ dan tidak melarikan diri sebelum dia berjaya ditangkap oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian.

Seorang wanita dipercayai pemilik kenderaan Honda City itu dilihat trauma dan memberitahu kepada orang awam yang juga berada di lokasi kejadian bahawa lelaki yang ditangkap tersebut telah membawa lari keretanya sebelum wanita tersebut dilihat ditenangkan oleh beberapa orang awam yang berada di lokasi kejadian.

Video tersebut telah mendapat sambutan warga net selepas ia berjaya mendapat tontonan sebanyak 65.5 ribu tontonan serta ribuan perkongsian pada video pertama manakala 63.2 ribu tontonan pada video yang kedua. Rata-rata netizen telah memuji usaha yang diambil oleh beberapa orang awam yang dilihat sebagai hero yang telah menyelamatkan keadaan.

Sumber: Twitter 

Tags: , , , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *