Detik Lamaran Pasangan Ini Bertukar Kebakaran | Detik-detik yang ditunggu bagi pasangan yang berhasrat untuk membina rumahtangga adalah detik dilamar oleh pasangan. Mungkin ada pelbagai cara serta teknik yang dilakukan untuk melamar pasangan agar nampak romantik secara tidak langsung menambahkan lagi perasaan kasih sayang antara mereka, namun lain pula ceritanya dengan cara lamaran pasangan ini. Baca selanjutnya..

Detik romantis lamaran seorang lelaki terhadap teman wanitanya bertukar cemas selepas mencetuskan kebakaran yang turut hampir menyambar pasangan berkenaan, lapor laman berita Thaiger semalam.

Lamaran tersebut berlangsung semasa Pesta Tanglung Yi Peng di Chiang Mai, Thailand.

Namun, ia hampir gagal apabila beberapa tanglung terbang rendah sebelum merempuh dan hampir membakar pasangan itu.

Video lamaran pasangan tersebut tular selepas dimuat naik oleh wanita berkenaan di akaun Twitter @tailovene.

Rakaman video memaparkan pasangan itu berada di tengah padang sambil dikelilingi pengunjung lain yang sedang melepaskan tanglung ke langit.

Ketika kejadian, dua tanglung yang gagal untuk terbang telah melanggar wanita tersebut, manakala satu lagi tersasar. Dia bagaimanapun bernasib baik kerana badan dan pakaiannya tidak terbakar.

Sementera satu lagi rakaman memaparkan teman lelaki wanita itu melamarnya semasa acara tersebut.

“Ia sepatutnya romantik, tetapi realitinya penuh dengan jeritan. Terdapat kebakaran di semua tempat, kuil juga terbakar. Anggota bomba berada di sana! Dan saya akan berkahwin,” demikian menurut keterangan pada gambar tersebut.

Wanita itu menambah bahawa situasi itu tidak romantis seperti yang dia bayangkan, tetapi ia merupakan detik yang tidak akan dilupakan kerana mengujakan dan hebat.

Sumber : Kosmo

Baca juga artikel ini :

Seorang [email protected] Dalam Letupan Paip Gas Di Sarawak. | LAWAS: Letupan paip gas Petronas di jajaran Long Ugui ke Long Sukang di sini menyebabkan seorang maut, manakala tiga lagi melecur.

Mangsa yang maut merupakan pemandu jentera jengkaut warganegara Indonesia manakala tiga yang cedera adalah warga tempatan.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Sila Kadong ketika mengesahkan kejadian berkata, insiden dipercayai berlaku sekitar jam 2.10 petang.

“Mangsa pertama berada di dalam jengkaut, dan jarak dia dengan tiga mangsa lain sekitar 200 meter,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu.

Siasatan awal mendapati, pihaknya tidak menolak kemungkinan ia berpunca daripada kebocoran paip.

Sementara itu, Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Hendery Ardimanshah berkata, pihaknya menerima maklumat tentang kejadian tersebut sekitar jam 2.49 petang.

“Pihak kita telah mengatur gerak sebuah jentera dan sebuah pacuan empat roda dengan kekuatan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lawas ke lokasi,” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa yang cedera kemudian dikejarkan ke Hospital Lawas oleh kakitangan kontraktor pembinaan, di mana paip itu meletup.

Sementara itu, Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pihaknya sedih dengan tragedi yang berlaku.

“Saya menyeru pihak Petronas supaya memastikan perkara seperti ini tidak berlaku lagi.

“Ini adalah sesuatu yang pernah berlaku dahulu, dan saya telah meminta pihak Petronas mengambil tindakan sewajarnya agar tidak berulang.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Bahaguan Limbang, Sebi Abang berkata, pihaknya telah mengarahkan pihak bomba dan Petronas untuk menyediakan laporan awal yang berlaku pada kadar segera.

“Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak menghampiri kawasan kejadian,” tambahnya lagi.

Ketika ini katanya, insiden tersebut telah terkawal dan pihaknya menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi.

Sumber : Astro

Share.

Leave A Reply