Di Berlin Laungan Azan & Loceng Gereja Dibunyikan Serentak. Ini Sebabnya

| April 4, 2020 | 0 Comments

Di Berlin Laungan Azan & Loceng Gereja Dibunyikan Serentak. Ini Sebabnya | Berlin: Di saat dunia sedang berdepan dengan pandemik Covid-19, solidariti sesama manusia kini diperlukan untuk menangani wabak maut ini.

Sebuah masjid di sini, melaungkan azan sebaik masuk waktu untuk menunaikan solat.

Pada masa sama, sebuah gereja di Berlin turut membunyikan loceng sebaik masuk waktu.

Ini adalah tanda solidariti dua agama berbeza untuk sama-sama bersolidariti dalam menempuh tempoh sukar ini.

Menerusi rakaman video dalam laman web presstv.com, orang ramai teruja sambil merakam peristiwa berkenaan.

Jerman kini mencatatkan 96,092 kes positif Covid-19 dengan 1,444 kematian setakat hari ini.

Sumber : Presstv Via Harian Metro

Tags: , , , , ,

Category: DUNIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *