Datuk Seri Mahdzir Khalid menolak sebarang kaitan dalam kejadian bencana banjir dan kepala air yang berlaku di Gunung Inas, Baling, pada 4 Jun lalu.

Dikaitkan Dengan Isu Bencana Gunung Inas. Mahdzir Khalid Tampil Beri Penjelasan

Bekas Menteri Besar itu menegaskan, beliau tidak wajar diheret sama dalam insiden itu kerana apa yang berlaku ketika ini adalah selepas beliau tidak lagi memegang sebarang jawatan dalam pentadbiran negeri.

Katanya dalam satu kenyataan, tak payah tanya, biar mereka bergaduh, namanya tak ada dalam itu, sudahlah. Jangan pandai-pandai (heretnya) pula, biarlah mereka bergaduh, cerita itu cerita kemudian (selepas pentadbirannya).

Sebelum ini, berlaku tuding menuding antara Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mendakwa projek ladang durian di Gunung Inas dikatakan bermula ketika Datuk Seri Mukhriz Mahathir menerajui pentadbiran negeri.

Bagaimanapun, Mukhriz dalam kenyataannya baru-baru ini, mendakwa tanaman durian ditukar ketika Datuk Seri Ahmad Bashah menjadi Menteri Besar antara 2016 hingga 2018.

Untuk rekod Mahdzir adalah Menteri Besar Kedah antara 2005 hingga 2008 dengan konsep projek ladang rakyat seluas 5,000 hektar diluluskan ketika pentadbirannya.

Hingga kini, Ahmad Bashah gagal dihubungi bagi mendapatkan reaksinya berhubung dakwaan pentadbirannya yang meluluskan tanaman durian Musang King di Gunung Inas pada 2018.

Dalam kejadian 4 Jun lalu, ratusan rumah penduduk di Kampung Iboi dan pekan Kupang terjejas selepas dilanda banjir dan kepala air yang turut mengorbankan tiga nyawa penduduk.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply