Dikaitkan Kes Gangguan Seksual. Ini Respon Ebit Lew Yang Ditunggu Ramai | Kuala Lumpur – Pendakwah terkenal, Ebit Lew selesai memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual di Bukit Aman di sini sebentar tadi.

Ebit Lew mengesahkan kehadirannya ke Bukit Aman hari ini adalah sebagai saksi bagi membantu siasatan berkenaan tuduhan gangguan seksual yang dikaitkan dengannya.

Beliau dilihat keluar dari pintu utama Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia itu pada pukul 2 petang.

Menurut beliau, rakaman percakapan itu mengambil masa satu jam.

“Saya dipanggil untuk membantu siasatan dan menjadi saksi bagi pertuduhan yang dilemparkan terhadap saya.

“Saya serahkan kepada polis untuk siasatan. Ini satu fitnah yang sangat kejam dan melampau,” ujarnya kepada pemberita di lokasi sebentar tadi.
Siasatan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), JSJ Bukit Aman.

Terdahulu, Ebit, 36, tiba di Bukit Aman sekitar pukul 8.59 pagi dengan menaiki kereta pacuan empat roda Hilux untuk memberi keterangan berkenaan siasatan kes dakwaan gangguan seksual.

Semalam, sumber memberitahu bahawa seorang pendakwah terkenal akan dipanggil Bukit Aman untuk diambil keterangan hari ini berkenaan dakwaan gangguan seksual.

Siasatan kes dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply