Dinamakan Sebagai 3 Doktor Terbaik Dan Diyakini Dunia. Ini Komen Dr Noor Hisham.

| April 16, 2020 | 0 Comments

Dinamakan Sebagai 3 Doktor Terbaik Dan Diyakini Dunia. Ini Komen Dr Noor Hisham. | Dinamakan sebagai antara tiga doktor terbaik dunia dalam menangani COVID-19, bukan untuk individu semata-mata, sebaliknya ia adalah pengiktirafan kepada negara, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam sidang media harian COVID-19 hari ini, beliau berkata, tanpa semangat kerja berpasukan, tidak mungkin Malaysia dapat meminimumkan risiko penularan pandemik itu.

Sebagai contoh, beliau berkata, Kementerian Kesihatan hanya boleh menasihatkan Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, tetapi itu adalah keputusan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Apa yang kita harus bersyukur, dan saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua kementerian dan menteri untuk melaksanakan PKP.

“Kita kena lihat ada empat tindakan penting. Pertamanya kawalan sempadan – terima kasih kepada pihak Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia.

“Kawalan pergerakan dalam negara – pihak polis telah melaksanakan tugas untuk memastikan rakyat patuh kepada PKP. Dan terima kasih juga kepada petugas barisan hadapan, baik dari Kementerian Kesihatan, dan mereka yang tampil membantu,” katanya lagi.

Terdahulu, Dr Noor Hisham Abdullah diletakkan dalam senarai tiga doktor terbaik dan diyakini di dunia atas usahanya menangani wabak COVID-19 di negara ini.

Pengiktirafan itu diberikan oleh sebuah stesen televisyen China, Global TV Network yang turut menyenaraikan Dr. Anthony Fauci dari Amerika Syarikat dan Dr. Ashley Bloomfield dari New Zealand.

Ketiga-tiga mereka menerima pujian masyarakat sejak beberapa minggu ini kerana menjadi sumber maklumat paling dipercayai dan berjaya menenangkan orang ramai di negara masing-masing ketika panik melanda akibat penularan wabak berkenaan.

Sumber : Astro Awani

Tags: , , , , , , , , , , ,

Category: DUNIA, INFORMASI, KESIHATAN, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *