Dirempuh Ketika Buat Pusingan U, Warga Emas Maut

| April 15, 2020 | 0 Comments

Dirempuh Ketika Buat Pusingan U, Warga Emas Maut | Lelaki warga emas meninggal dunia selepas motosikal ditunggang dirempuh kereta di jalan pintasan belakang Stesen Minyak Petronas Sungai Lalang di sini, 9.40 pagi, hari ini.

Hassan Ahmad, 73, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan di kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang menunggang Honda EX-5 sedang membuat pusingan U.

“Ketika membuat pusingan U, sebuah Proton Wira yang datang dari arah pekan Sungai Lalang tidak sempat mengelak lalu merempuh mangsa.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk bedah siasat,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : myMetro

Tags: , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *