Disahkan Pulih, Perdana Menteri Malaysia Bebas Dari Kanser | Umum mengetahui bahawa Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin pernah menghidap penyakit kanser sebelum ini.  Bersempena dengan Hari Kanser Sedunia semalam, beliau mengesahkan bahawa dirinya kini pulih dari kanser. Berita tersebut dikongsikan menerusi laman Facebook rasminya pada petang semalam.

Selaku bekas pesakit kanser, saya memahami keperitan dan kesukaran yang ditanggung dalam melawan penyakit ini.
Alhamdulilah, saya bersyukur kepada Allah SWT setelah menjalani rawatan, saya telah disahkan pulih.
Kata-kata perangsang dan dorongan keluarga menguatkan semangat saya untuk terus berjuang dan menghadapi penyakit ini.
Selain rawatan yang komprehensif, pengesanan awal serta tindakan mendapatkan rawatan dengan cepat, dapat meningkatkan peluang kepada pesakit untuk sembuh.
Bagi mengelakkan kanser dikesan lewat, saya menyarankan orang ramai agar melakukan ujian saringan kesihatan secara berkala.
Buatlah pemeriksaan awal dan yang paling penting, segeralah menjalani rawatan sekiranya anda disahkan menghidap kanser. Jangan takut dan bertangguh.
Apa jua penyakit, insya-Allah boleh dirawat dengan baik, sekiranya dikesan di peringkat awal dan dirawat dengan betul. Ramai pesakit kronik termasuk kanser yang saya kenali, berjaya melawan penyakit ini dan kini menjalani kehidupan seperti biasa.
Jika anda sedang berjuang melawan kanser, kuatkan semangat – anda bukan menghadapinya seorang diri. Sempena Hari Kanser Sedunia hari ini, saya mengajak seluruh masyarakat untuk memainkan peranan masing-masing dalam mencegah dan mengawal penyakit ini. Amalkan gaya hidup sihat.
Selamat Hari Kanser Sedunia!
Menurut beliau, kata-kata perangsang dan dorongan dari ahli keluarga yang memberinya semangat untuk berjuang menghadapi penyakit tersebut selain dari menjalani rawatan.
Beliau juga turut menasihati orang ramai untuk mendapatkan rawatan secepat mungkin sekiranya disahkan menghidap kanser.
Akhir sekali, sebagai bekas pesakit kanser beliau mengucapkan selamat hari kanser sedunia dan menyeru orang ramai untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

Sumber : Facebook Muhyiddin Yassin

Share.

Leave A Reply