Disangka Sudah Meningg4l Dunia, Wanita ‘Bangkit Semula’ Ketuk Keranda | QUITO – Seorang wanita di Ecuador yang disangkakan sudah meninggal dunia ‘bangkit semula’ dalam keranda ketika upacara pengebumiannya yang turut menjadi tular di media sosial.
Gilbert Balberan yang merupakan anak kepada Bella Montoya, 76, memberitahu ibunya mengetuk keranda itu selepas ‘kembali bernyawa’ dan wanita tersebut kemudiannya dibantu oleh dua lelaki.
Balberan menjelaskan dia terpaksa mendapatkan keranda yang didermakan untuk keluarga miskin selepas Hospital Awam Marin Icaza di bandar Babahoyo mengesahkan kematian ibunya pada Jumaat.
“Pihak hospital turut memberikan sijil kematian kepada kami,” katanya sambil menambah ibunya kini dirawat di hospital sama dan memberi tindak balas positif.
Sebelum ‘kematiannya’, Montoya dimasukkan ke hospital kerana strok dan jantungnya dikatakan terhenti.
Susulan insiden itu, Kementerian Kesihatan memaklumkan sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menyiasat insiden tersebut selain menyelia perkembangan Montoya.
Sumber: Sinar Harian
Baca Juga: Pensyarah Universiti Meningg4l Dunia, Rebah Ketika Solat Subuh | SEORANG pensyarah Fakulti Perhutanan, Universiti Hasanuddin (Unhas) Makassar, Indonesia dilaporkan meninggal dunia ketika sedang menunaikan solat subuh secara berjemaah di Masjid Darun Naim, Makassar pada Selasa.
Pensyarah dikenali sebagai Budiman Bahtiar, 64, meninggal dunia ketika menunaikan solat sunat semasa dalam posisi tahiyat akhir.
Insiden itu sempat dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di masjid berkenaan.
Budiman terkenal sebagai seorang yang bersopan santun dan pendiam.
Perkara itu didedahkan oleh Ketua RT 01 RW 03, Perumnas Antang Baharudin, yang menjelaskan Budiman yang juga dikenali dengan panggilan Budi sudah lama tinggal di kompleks perumahan itu dan memang berperwatakan pendiam.
“Budiman orangnya sangat pendiam, sangat sopan,” ujar Baharudin.
“Maksud diam bukan bermakna orang yang tidak bertegur sapa, tetapi dia memang hanya bercakap apabila perlu sahaja,” ujarnya.
Baharuddin berkata, penduduk kampung sebelum ini pernah terlihat Budi mencari kucing di sekitar kompleks berkenaan dalam keadaan menggigil.
“Kebetulan ketika itu dia di hadapan rumah salah seorang penduduk dan kelihatan sangat letih. Ketika dibantu, dia memberitahu kalau ada ternampak kucing, maklumkan kepadanya segera,” katanya.
Selepas itu, dia dihantar pulang untuk berehat di rumahnya dan kejadian itu berlaku sehari sebelum dia meninggal dunia,” tambahnya.
Sementara itu, penjaga masjid Darun Naim, Muhammad Gazali Suyuti berkata, Budi merupakan antara jemaah yang aktif solat berjemaah di masjid tersebut.
“Setahu saya dia sihat dan selalu solat subuh, jarang sekali dia terlepas solat di sini,” kata Gazali.
Tribun Timur melaporkan, Budi meninggal dipercayai kerana dipercayai menderita sakit jantung.
Sumber: Majoriti