Diserang Wanita Kurang Siuman Guna Garpu, Kanak-Kanak Cedera Di Tangan Dan Kepala

| March 24, 2021 | 0 Comments

Diserang Wanita Kurang Siuman Guna Garpu, Kanak-Kanak Cedera Di Tangan Dan Kepala | Baru-baru ini, berlaku satu kejadian seorang kanak-kanak berusia 7 tahun diserang oleh seorang wanita kurang siuman menggunakan garpu.

Diserang Wanita Kurang Siuman Guna Garpu, Kanak-Kanak Cedera Di Tangan Dan Kepala

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 8 pagi itu, mengakibatkan kanak-kanak perempuan tersebut cedera di bahagian kepala dan tangan.

Menerusi laporan Harian Metro, kanak-kanak tersebut dikatakan berada di luar bangunan pusat tuisyen di Taman Mount Austin, Johor Bahru. Secara tiba-tiba, wanita tersebut menyerangnya dan cucuk menggunakan garpu sehingga cedera di kepala dan tangan.

Dipercayai, suspek terus melarikan diri selepas menyerang kanak-kanak tersebut. Pihak polis sedang mencari suspek yang masih belum dikesan ketika ini.

Sumber : Harian Metro

Tags: , , , , , ,

Category: DUNIA, INFORMASI, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *