Ditanya Adakah Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan?. Ini Jawapan PM.

| March 22, 2020 | 0 Comments

Ditanya Adakah Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan?. Ini Jawapan PM. | Keputusan sama ada kerajaan akan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hanya akan diketahui pada 30 Mac ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan bersidang untuk menentukan sama tempoh itu akan dilanjutkan atau sebaliknya.

“Sama ada nak lanjut akan kita teliti dari segi perkembangan yang boleh kita lihat pada hari ini. Kalau sekiranya sudah ada penambahbaikan dengan tindakan diambil KKM dengan dibantu agensi lain apatah lagi kerjasama semua pihak termasuk kumpulan tabligh yang masih berbaki belum keluar lagi tu maka kemungkinan besar tindakan kawalan pergerakan ini tunjuk kesan positif.

“Kalaulah kiranya data dan angka kita lihat kemudian ini lebih rendah daripada apa yang kita lihat pada waktu hari ini, itu akan kita pantau tetapi sebelum tempoh itu tamat sebelum 30 Mac, MKN akan bersidang sama ada langkah diambil tempoh dua minggu itu memadai atau perlu kita lanjutkan seminggu ataupun dua minggu daripada tarikh tamatnya 30 Mac ini. Ini akan kita kaji atau maklumkan,” katanya pada sidang media, Isnin.

Mengenai tahap keberkesanan PKP, Muhyiddin berkata masih ada sebilangan kecil individu yang masih ingkar larangan itu.

“Perintah kawalan sekarang yang telah kita mulakan sejak 18 Mac lalu agak makin bertambah baik. Laporan yang saya telah terima daripada lapangan dilaksana pihak polis dan tentera terkini hampir 90 peratus.

“Walaupun begitu masih terdapat mereka yang tidak mematuhinya. Saya harapkan kalau boleh sampai ke 100 peratus. Jadi dari satu sudut ia boleh dikatakan berkesan tapi kita harap pergerakan itu dapat dikurangkan kepada paras paling minima,” katanya.

Kerajaan mengumumkan PKP di seluruh negara, berkuatkuasa pada 18 Mac hingga 31 Mac, bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Susulan itu, kerajaan menetapkan hanya seorang dibenarkan keluar rumah untuk urusan penting sepanjang tempoh itu.

Menteri Kanan (Infrastruktur), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, mereka hanya dibenarkan keluar untuk pembelian barangan keperluan dan ubat-ubatan.

“Yang dibenarkan keluar untuk beli barang keperluan atau ubat-ubatan, hanya seorang atau ketua keluarga, itu panduan asas.

“Kalau terpaksa membawa orang, dia kena beri penjelasan kepada pihak polis, dan itu atas budi bicara. Tapi secara dasar, hanya seorang boleh dibenarkan.

“Tapi misalnya berlaku kematian, dan ini perlu dijelaskan kepada pihak polis,” katanya.

Sumber : Mstar

Tags: , , , , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *