Ditawarkan Jawatan Dalam Kerajaan. Ini Respons DAP Buat Ramai Gembira | Menerusi ucaptama rasmi pertama Perdana Menteri Malaysia ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini, DAP dilaporkan akan mempertimbangkan tawaran Perdana Menteri supaya pembangkang menganggotai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19 (JKMC).

Ditawarkan Jawatan Dalam Kerajaan. Ini Respons DAP Buat Ramai Gembira

Menerusi ¬†kenyataan yang dimuatnaik oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di laman twitter beliau bahawa asalkan ia bukan sekadar tangkap muat dan menjadi ‘rubber stamp’ kerajaan semata-mata. Baginya yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua.

Ahli Parlimen Bagan tersebut turut menyatakan bahawa mereka akan membuat pertimbangan demi menyelamatkan nyawa dan mata pencarian penduduk Malaysia yang terjejas disebabkan krisis pandemik Covid-19.

Berikutan itu,  Naib Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Mutalib Uthman juga turut menyatakan harapan mereka agar satu agensi yang bakal ditubuhkan kelak tidak menjadi seperti Jawatankuasa Darurat sebelum ini.

Tambahnya, kerajaan juga perlu ikhlas dengan tawaran itu selain saksama dalam pemberian peruntukan bagi setiap kawasan parlimen tanpa mengira ideologi politik selain berharap agar Muda diluluskan untuk meneruskan perjuangannya ke arah menjadikan Malaysia lebih baik.

Sebelumnya, ucapan pertama Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri turut menyentuh tentang penawaran ruang kepada kepemimpinan pembangkang untuk menganggotai MPN dan JKMC selain berharap kerjasama rentas parti untuk memastikan Malaysia segera keluar daripada kemelut kesihatan dan ekonomi.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply