Ditegur Isi Minyak Dalam Tong, 2 Lelaki Singapura Mengamuk | Tular sebuah video menunjukkan dua lelaki dipercayai warga Singapura bergaduh dengan seorang penghantar makanan di sebuah stesen minyak di sekitar Iskandar Puteri dekat sini malam semalam.

Berang Ditegur Penghantar Makanan

Difahamkan, kedua-dua lelaki Singapura itu bertindak berang setelah ditegur penghantar makanan terbabit ketika cuba mengisi minyak menggunakan tong.

Video berdurasi satu minit 40 saat itu dikongsi pengguna akaun TikTok @matkibol dilihat lebih 800,000 pengguna laman sosial terbabit.

Menerusi rakaman video pendek itu turut menunjukkan dua anggota polis bantuan dilihat cuba menenangkan keadaan.

Tonton rakaman terbabit :

@matkibot #singaporespoilmalaysia #malaysiapeace #jocelynchia #grabrider #durian #foodpandariders #grabrider #singporerude #therud #whyyousoobsessedwithme ♬ original sound – matkibot

Cuba Serang Penghantar Makanan

Salah seorang daripada lelaki itu juga bertindak membuka bahagian belakang kenderaan utiliti sukan (SUV) sebelum mengeluarkan disyaki sebatang pengunci streng dipercayai cuba melakukan provokasi kepada rider berkenaan.

Polis bantuan berkenaan meminta kad pengenalan rider berkenaan sebelum kedua-dua lelaki itu cuba menyerang rider sekali lagi.

Kosmo! sedang mendapatkan situasi lanjut berkaitan video tular berkenaan dengan pihak berkuasa.

Sumber : Kosmo

Baca Juga Artikel Menarik Ini :

Mempersenda Tragedi MH370, Jocelyn Chia Disahkan Bukan Lagi Warga Singapura

Mempersenda Tragedi MH370, Jocelyn Chia Disahkan Bukan Lagi Warga Singapura | Tindakan pelawak solo wanita kelahiran Singapura, Jocelyn Chia yang menghina Malaysia menerusi lawak jenaka dalam sebuah persembahan komedi berdiri memakan dirinya sendiri apabila dia kini disahkan bukan lagi warganegara negara itu.

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi kenyataan yang dikeluarkan Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon pada Rabu.

Vanu Gopala berkata, kerajaan Singapura turut memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan melampau pelawak berkenaan.

Beliau mengakui terkejut dengan sketsa komedi Jocelyn yang telah menyinggung ramai pihak terutamanya rakyat Malaysia.

“Kerajaan Singapura tidak boleh menerima sebarang kata-kata atau tindakan yang boleh mencetus kemudaratan atau menyinggung perasaan orang lain dan Chia, yang bukan lagi warganegara Singapura, sama sekali tidak mencerminkan pandangan kami.

“Saya dengan ikhlas memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia atas komen-komen menyakitkan daripadanya,” kata beliau.

Dalam pada itu, Vanu Gopala menambah, sebagai negara jiran yang paling dekat, Singapura dan Malaysia mempunyai ikatan yang amat mendalam dan kedua-dua negara itu juga menikmati hubungan yang kukuh di pelbagai peringkat.

“Kita juga mempunyai hubungan sejarah yang unik dan hubungan erat antara rakyat dengan rakyat.

“Komen-komen seperti yang dibuat oleh Chia tidak membantu, malah merosakkan kepercayaan dan ikatan persahabatan erat yang dinikmati oleh kedua-dua negara dan rakyatnya,” ujarnya.

Sumber: Majoriti

Baca Juga Artikel Menarik Ini :

Wanita Sanggup Terbang Ke Singapura Utk Balas Dendam Pd Suami Minta Cerai

Wanita Sanggup Terbang Ke Singapura Utk Balas Dendam Pd Suami Minta Cerai | Seorang wanita Indonesia sanggup menempuh jalan yang jauh untuk membalas dendam kepada suaminya warga Malaysia selepas suaminya itu meminta cerai pada Mac lalu.

Menurut laporan CNA, wanita bernama Rahimah Nisva itu telah berkahwin dengan suaminya pada 2019 dan mendaftarkan perkahwinan itu di Batam, Indonesia, yang merupakan tempat tinggalnya.

Walaupun keluarga ini menyambut kelahiran anak pertama pada Januari 2023, hubungan kedua suami isteri ini sudah mula goyah pada Disember 2022, di mana si suami merasakan Rahimah terlalu posesif.

Pada 19 Mac 2023, suami Rahimah pergi ke Batam dari Singapura untuk bertemu dia dan ibunya, di mana dia membangkitkan isu perceraian. Bagaimanapun, Rahimah tidak menunjukkan sebarang tanda tidak senang hati terhadap idea tersebut.

Rahimah kemudiannya bergerak menuju ke Singapura bersama rakan sekerja wanita, di mana dia memberi alasan untuk bercuti di negara itu pada 22 Mac dengan menaiki feri.

Apabila tiba di Pusat Pelayaran Singapura kira-kira jam 6 petang, Rahimah memberitahu rakan sekerjanya bahawa dia perlu, “bertemu suaminya untuk mendapatkan beberapa dokumen”.

Mereka kemudiannya menuju ke Jalan Balam, berhampiran flat suaminya dan Rahimah memberitahu rakan sekerjanya untuk menunggunya di sana.

Rahimah kemudiannya bertindak menukar pakaian hitam dan berniqab sebelum menuju ke flat suaminya dan meninjau kawasan tersebut. Setelah selesai, dia mendaftar masuk ke sebuah hotel di Geylang bersama rakan sekerjanya.

Pada jam 6.30 pagi keesokan harinya, Rahimah keluar dari hotel dan mengambil botol termos yang berisi air panas bersamanya.

Selepas memberitahu rakan sekerjanya bahawa dia ingin bertemu suaminya, Rahimah memakai semula baju hitam dan niqab sebelum menunggu di hadapan rumah suaminya pada jam 7.20 pagi.

10 minit kemudian, suaminya keluar dari rumah dan duduk di atas kerusi untuk mengikat tali kasut. Semasa sedang leka mengikat tali kasut, Rahimah meluru ke arah suaminya dan menjirus air panas sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.

Serangan itu menyebabkan suaminya mengalami luka bakar tahap kedua, di mana tompok merah dan kulit melepuh di seluruh bahagian atas punggung, belakang leher dan sebahagian lengan kanannya.

Selepas serangan itu, Rahimah dan rakan sekerjanya menaiki feri keluar dari Singapura ke Batam pada jam 9:30 pagi, sambil rakannya tidak menyedari apa yang dilakukan Rahimah sebelum ini.

Bagaimanapun, perjalanan mereka terhenti apabila pegawai dari Pengawal Pantai Polis memberhentikan feri itu yang membawa kepada penahanan dan reman kepada Rahimah sehingga hukumannya semalam dijatuhkan pada 30 Mei.

Untuk rekod, pihak pendakwaan menuntut hukuman berat, dengan alasan bahawa serangan Rahimah dirancang dan dilakukan dengan niat.

Rahimah pula merayu di hadapan hakim, dia akui menyesal dengan tindakannya dan memberi alasan masih menyusukan anak perempuannya.

Dia kemudiannya dijatuhkan hukuman penjara lapan bulan kerana menyerang suaminya.

Sumber: The Vocket

Share.

Leave A Reply