Ditinggalkan Dalam Van, Budak Dua Tahun M4ut Akibat Strok Haba | Seorang kanak-kanak yang berusia dua tahun telah dilaporkan maut akibat strok haba setelah ditinggalkan hampir seharian di dalam sebuah van mini yang dimiliki oleh bapa mangsa itu.

Gambar Hiasan

Menurut daripada laporan yang diberi oleh Mirror UK dikatakan bahawa mangsa ditinggalkan di dalam kenderaan tersebut selepas bapanya terlupa untuk menghantarnya ke sebuah taska yang berada di wilayah Osaka.

Bapa mangsa memberitahu pihak polis bahawa dia telah keluar dari rumah kira-kira jam 8 pagi pada hari Sabtu bersama tiga orang anaknya.

Kemudian, bapanya kembali semula ke sekolah di bandar Kishiwada pada jam 5 petang untuk menjemput anak-anaknya pulang.

Walau bagaimanapun, kehilangan salah seorang anaknya itu mula disedari oleh bapanya setelah kakitangan di taska memaklumkan bahawa gadis kecil itu tidak hadir ke sekolah pada hari tersebut.

Setelah mengetahui hal tersebut, bapanya menjadi panik dan mula mencari anaknya di dalam kenderaan miliknya dan telah mendapati bahawa anaknya sudah terbaring kaku.

Setelah itu mangsa telah dikejarkan ke hospital berdekatan dan disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.

Hasil siasatan pihak polis mendapati bahawa mangsa tersebut dipercayai ditinggalkan di dalam kereta selama hampir 9 jam.

Walau bagaimanapun, siasatan lanjut masih lagi dijalankan.

Sumber: Siakap Keli

 

Artikel Lain

Kanak-kanak Perempuan Maut Akibat Ditinggal Dalam Kereta

Kanak-kanak Perempuan Maut Akibat Ditinggal Dalam Kereta | Kes yang melibatkan kanak-kanak meninggal di dalam kereta bukanlah kes baru malah terdapat beberapa kes yang sama sebelum ini.

Kebiasaannya kes ini berlaku kerana ibu bapa atau penjaga terlupa bahawa anak-anak sedang mengikuti mereka di dalam kereta. Hal yang sama turut terjadi kepada budak perempuan ini apabila ia maut selepas ditinggalkan di dalam kereta oleh neneknya.

Kanak-kanak Maut Akibat Ditinggal Di Dalam Kereta

Johor Bahru: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut selepas ditinggalkan beberapa jam di dalam kereta oleh neneknya di Sungai Tiram, Ulu Tiram, di sini, ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, pihaknya menerima satu laporan daripada pihak Hospital Sultan Ismail (HSI) mengenai kes ‘Brought In Death’ membabitkan kematian seorang kanak-kanak berumur 3 tahun pada 6.41 petang.

Beliau berkata,  hasil siasatan mendapati pada hari sama, nenek mangsa berusia 59 tahun membawa mangsa bersama kakaknya ke sekolah di sekitar Sungai Tiram lebih kurang 1 tengah hari dengan menaiki kenderaan Perodua Alza.

Menurutnya, mangsa kemudian ditinggalkan di dalam kereta di rumahnya di Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram tanpa disedari nenek mansa dan enjin juga turut dimatikan.

Tambahnya, pada jam 6 petang, ibu mangsa menyedari bahawa anaknya tiada di dalam rumah dan mencari mangsa di sekitar kawasan rumah namun tidak ditemui. Nenek mangsa kemudiannya mula menyedari bahawa mangsa ada di dalam kereta dan mendapati mangsa tidak sedarkan diri di lantai bawah tempat duduk belakang.

katanya, hasil bedah siasat doktor di HSI pada Isnin mendapati keadaan tubuh badan mangsa adalah sihat dan tiada sebarang kesan lebam atau luka akibat didera. Doktor mengesahkan bahawa punca kematian mangsa disebabkan ‘Heat Stroke Due To Vehicular Entrapment’ iaitu strok haba akibat terperangkap di dalam kenderaan.

Menurutnya, kes disiasat menurut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun atau dengan denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya.

Sumber: Metro

Share.

Leave A Reply