Ditipu Sindiket Pinjaman Tidak Wujud,Pelajar Rugi Lebih RM 6,000 | Kes penipuan atas talian semakin lama semakin membimbangkan. Hal yang lebih merunsingkan apabila mereka ini mempunyai taktik yang sangat licik sehingga boleh memperdayakan setiap lapisan umur. Bahkan baru-baru ini seorang pelajar ditipu dengan taktik pinjaman wang dari sebuah sindiket pinjaman tidak wujud.

Ditipu Sindiket Pinjaman Tidak Wujud,Pelajar Rugi Lebih RM 6000

Kuantan: Seorang pelajar lelaki mengalami kerugian sebanyak RM 6,360 apabila ia ditipu oleh satu sindiket pinjaman tidak wujud selepas melayari laman web, kelmarin apabila ia cuba meminjam wang daripada sindiket berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komisioner Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, kejadian bermula apabila mangsa yang berusia 22 tahun itu melayari satu laman web dan tertarik dengan iklan pinjaman wang.

“Mangsa kemudian mengisi butir-butir peribadi sebelum dihubungi olehseorang lelaki kononnya dari sebuah syarikat pinjaman wang.

“Hasil perbincangan dengan suspek, mangsa bersetuju membuat pinjaman wang RM 1,000 dengan syarikat berkenaan,”katanya.

Untuk mendapatkan pinjaman berkenaan, mangsa diminta untuk membayar pelbagai jenis bayaran yang dianggarkan sebanyak RM 6,360 membabitkan lima transaksi ke dalam akaun yang diberikan suspek.

Namun sehingga kini, mangsa masih belum mendapatkan pinjaman malah mangsa diminta untuk membayar lebih lagi.

“Mangsa juga menerima panggilan kononnya daripada majikan syarikat berkenaan yang memarahi mangsa kerana melanggar penjanjian dan memintanya memasukkan wang sebanyak RM 1260 ke akaun yang sama.

“Mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan semalam dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan kerana menipu dan memperuntukkan hubungan maksimum 10 tahun penjara dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan,”katanya.

Difahamkan, mangsa terpaksa menggunakan wang simpanannya dan meminjam wang daripada keluarga dan rakannya untuk membayar wang memproses pemohonan pinjamannya.

Sumber: Metro, Berita Harian

Share.

Leave A Reply