Dituduh Amang Seksual 4 Pelajar, Pengetua Bebas & Dilepaskan. Ini Sebabnya.. | Seorang pengetua sebuah sekolah menengah di Butterworth di sini menitiskan air mata kegembiraan sejurus dilepas dan dibebas daripada pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap empat pelajar lelaki pada 2018.

Hakim Noor Aini Yusof membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.

Pada prosiding itu, tertuduh, Zainuren Mohamed, 58, turut ditemani isterinya yang kelihatan meraup wajah sebagai tanda kesyukuran selepas hakim membuat keputusan tersebut.

Dalam penghakimannya, Noor Aini berkata, alasan mahkamah terhadap keputusan tersebut adalah berdasarkan kredibiliti saksi terutamnya keterangan beberapa saksi termasuk guru.

“Mahkamah juga dapati banyak kelompangan dalam kes pendakwaan di mana sekiranya mahkamah memanggil tertuduh untuk membela diri dan tertuduh memilih untuk berdiam diri, adalah tidak selamat untuk mahkamah mensabitkan tertuduh berdasarkan keterangan yang ada.

“Ketiga, adalah kegagalan pihak pendakwaan untuk memanggil saksi utama, Fikri iaitu rakan mangsa,” kata Noor Aini semasa penghakiman.

Beliau berkata, alasan penghakiman penuh akan disediakan sekiranya ada rayuan daripada pihak pendakwaan.

Hakim turut memerintahkan wang jaminan dikembalikan kepada penjamin dan seramai sembilan saksi pendakwaan dipanggil dalam kes berkenaan.

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Syeqal Che Murat, manakala tertuduh diwakili peguam E. Gnasegaran.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply