Arena bola sepak Malaysia saban hari tidak pernah sunyi dengan kisah-kisah sensasi.

Dituduh Jadi Individu 'Kawal' Liga Malaysia. Ini Komen TMJ

Terbaharu, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersuara berhubung kenyataan dikeluarkan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor baru-baru ini.

Menerusi ciapan di Twitternya pada Isnin, Tunku Ismail menggesa Muhammad Sanusi agar mendedahkan identiti individu dimaksudkan beliau, yang didakwa ‘mengawal’ Liga Malaysia.

Menerusi ciapan tersebut, beliau berkata, ” “Dia cakap pasal siapa? Sebut nama. Ceritakan segalanya, ini cakap main sembur badut McDonald pun boleh.

TMJ turut menyebut, cerita semua, keluarkan bukti dan fakta. Setiap kali tenggelam, terus buat cerita sensasi nak naikkan ‘rating’. Sikap tipikal ahli politik.

Sebelumnya, Muhammad Sanusi mengulangi pendiriannya untuk menolak budaya ‘supreme’ atau memberikan kuasa penuh kepada seseorang individu dalam sukan bola sepak.

Bahkan, beliau mendakwa individu tersebut sanggup memberi bonus kepada mana-mana pasukan yang berjaya menewaskan Kedah dalam saingan Liga Malaysia.

“Dia ‘order’ sana, ‘order’ sini, suruh buat ini, suruh buat itu, kawan (ada pihak) nak pergi latihan sana, kena tanya dia dahulu.

Katanya, lepas itu dia pusing pasukan lain, beri bonus kalau menang dengan Kedah selain mendakwa mengetahui semua itu, dia ingat orang tak tahu, jangan bagi dirinya cerita semuanya.

Kenyataan itu hadir beberapa hari selepas beliau mengeluarkan kenyataan kontroversi dengan menyebut perkataan ‘tokong’.

Begitupun, sama seperti kenyataan pada Sabtu, beliau tidak menyebut sebarang nama.

Ujarnya lagi, bola sepak ini bukan untuk individu dan tak boleh ada ‘tokong’ dalam sukan ini sampai semua nak pergi sembah dia dulu. Jangan ada tokong dalam bola sepak sebab bola sepak ini sukan untuk semua orang.

Katanya, Muhammad Sanusi turut menyebut, sebelum perlawanan, bawa banner besar tertulis ‘fair play‘ tetapi ada tokong.

Kenyataan itu turut mendapat reaksi Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang menyifatkan kenyataan itu kurang matang dan tidak bertanggungjawab.

Sumber: Astro Awani 

Share.

Leave A Reply