Dituduh Namakan Diri Sebagai Calon PM. Ini Komen Balas Zahid Hamidi Buat Ramai Sayu | Terbaru, Speaker Dewan Parlimen telah pun mengumumkan bahawa ahli-ahli parlimen perlu menyerahkan surat akuan bagi calon Perdana Menteri yang ke-9 selewat-lewatnya esok sebelum 4 petang. Surat akuan tersebut akan dihantar kepada Istana Negara.

Dituduh Namakan Diri Sebagai Calon PM. Ini Komen Balas Zahid Hamidi Buat Ramai Sayu

Ketika negara sedang bergolah soal politik, terdapat beberapa pihak yang menuduh Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi mengenai namakan dirinya sebagai calon Perdana Menteri yang ke-9. Perkara ini telah mendapat perhatiannya dan ini respon beliau di laman rasmi Facebook miliknya sendiri.

“Kita perlu memandang ke hadapan..

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia. Semoga sentiasa dalam rahmat dan inayah Allah S.W.T.

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

“Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada sesuatu pun yang dapat memberi kemudharatan di bumi mahupun di langit. Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Seperti saya katakan semalam kini masa untuk kita semua perlu memandang ke hadapan selepas pihak yang gagal telah pun diundurkan.

Namun realitinya kita semua tahu penyokong dan pendokong pihak yang telah kehilangan kuasa masih tidak puas hati maka sedang memperhebatkan dakyah ke atas UMNO terutama Presidennya.

Gara-gara tersangat geram dan marah jawatan serta kedudukan pemimpin mereka hilang selepas 18 bulan di puncak kuasa.

Walaupun ini lumrah, namun agak sedih kerana mereka tidak pula memikirkan tentang geram dan marah rakyat terhadap kegagalan yang menyebabkan hampir 13,000 nyawa telah terkorban.

Setiap hari beratus insan tidak bersalah meninggal dunia sehinggakan tanah kubur untuk jenazah umat Islam dikatakan semakin terhad.

Berpuluh ribu perniagaan dilaporkan gulung tikar dan jutaan orang hilang mata pencarian gara-gara dasar dan polisi yang bias.

Alasan penyokong dan pendokong mereka cukup mudah iaitu negara lain pun ramai mati – tanpa menyentuh tentang aspek populasi dan saiz sesebuah negara.

Seperti juga pernah saya katakan kita yakin jumlah kematian dan kes jangkitan serta kesan buruk pandemik terhadap ekonomi Malaysia tidak sepatutnya begitu parah.

Jika dari awal ia diuruskan dengan baik tanpa terlalu beragendakan “politicking” sehingga apa yang wajar dilaksanakan ditolak ke tepi hanya kerana dicadangkan oleh parti UMNO.

Seperti diramalkan mereka kini sedang hebat memainkan propaganda sayu dan pilu atau apa disebut sebagai “play victim” untuk mengelirukan rakyat.

Pertama: Memperdaya fikiran rakyat konon patut berasa sedih kerana pemimpin mereka terpaksa meletak jawatan.

Caranya dengan ‘mewayangkan’ pemimpin mereka telah hampir berjaya menyelamatkan rakyat dan negara daripada pandemik.

Konon tidak dapat meneruskannya selepas kehilangan kuasa dan kini negara dalam bahaya.

Sedangkan negara sememangnya telah pun dalam bahaya apabila jumlah yang dijangkiti setiap hari kini melebihi jumlah yang sembuh.

Jumlah kes kematian hampir 300 setiap hari dengan kes aktif Covid-19 dalam kalangan penduduk Malaysia hampir 250,000 orang.

Hampir berjaya yang dimaksudkan iaitu kira-kira 10 juta orang telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 sedangkan PICK telah bermula sejak Februari lalu.

Itu pun jumlah suntikan hanya dipertingkat dengan ketara selepas Ordinan Darurat sudah ada bayangan terpaksa ditamatkan dan UMNO membuat keputusan menarik balik sokongan.

Kedua: Menghasut fikiran rakyat supaya menyalahkan pimpinan UMNO dan Presidennya konon rakus kuasa.

Walhal hakikat sebenar pemimpin mereka meletak jawatan selepas kegagalan membendung penularan Covid-19.

Kegagalan itu yang menyebabkan majoriti parti politik dan Ahli Parlimen hilang kepercayaan.

Bukan kerana 1MDB, kes mahkamah atau ada pihak mahu merebut kuasa seperti yang dituduh berulang kali dalam perutusan.

Jika pemimpin mereka berjaya mentadbir negara dan menguruskan pandemik Covid-19 dengan bagus maka tiada alasan atau sebab untuk mana-mana pihak mendesak beliau berundur.

Nasihat saya kepada yang bermati-matian menghasut, menghina, mencerca, memfitnah saya, kepimpinan parti dan UMNO, saya memaafkan semuanya, dengan iringan doa semoga Allah mengampunkan segala dosa dan kelhilafan kita, Rahmat dan Redha Allah jualah yang kita harapkan. Aameen

May be a cartoon of 1 person and text that says 'SERANGAN BERMULA! UMNO FITNAH FIT NAH FITNAH FITNAH FIT NAH FITNAH JONGLABU UMNO TERUS DİPERTAHANKAN!'

May be an image of text

Sumber : Zahid Hamidi

Share.

Leave A Reply