Doktor Kongsi 5 Tanda Anak Mungkin Didera Di Tempat Asuhan

| February 24, 2021 | 0 Comments

Doktor Kongsi 5 Tanda Anak Mungkin Didera Di Tempat Asuhan | Bagi ibu bapa yang kedua-duanya bekerja, sudah tentu perlu menghantar anak ke pengasuh atau taska untuk diasuh seharian. Miliki pengasuh yang penyayang adalah satu kelegaan di hati para ibu bapa.

Kes penderaan kanak-kanak kini juga tidak kurang banyaknya yang telah berlaku. Ramai kanak-kanak akan menunjukkan sikap perubahan yang ketara jika mereka didera oleh orang lain. Oleh itu, ibu bapa perlu cakna akan fizikal atau mental anak-anak jika terdapat perubahan yag ketara.

Baru-baru ini, Dr Redza Zainol berkongsi tentang 5 tanda-tanda yang mungkin terdapat pada kanak-kanak yang didera di tempat asuhan. Mari ikuti perkongsian beliau di bawah.

1.Mimpi buruk yang berulang-ulang.

  • Selalunya anak tak dapat tidur malam yang nyenyak.
  • Perkara yang menakutkan anak tu sentiasa menghantui anak sampai masuk ke dalam mimpi.

2. Regress

  • Maksudnya perkembangan anak tiba-tiba merosot.
  • Anak umur 5 tahun, tiba-tiba berperangai mseperti umur 2-3 tahun.
  • Contoh : terkencing waktu malam, takut pada gelap dan menghisap ibu jari.

3. Pampers anak sentiasa penuh bila kita ambil anak dari tempat asuhan.

  • Boleh jadi pengasuh jenis tidak prihatin dan jarang tukarkan lampin anak.
  • Satu lagi tandanya ialah ruam lampin yang berpanjangan.

4. Anak tiba-tiba jadi memberontak dan impulsif (sangat kurang sabar).

  • Ini cara anak melindungi diri sendiri setelah didera berkali-kali.

5. Menjadi sangat takut bila nak dihantar ke pusat asuhan atau sangat takut bila ditinggalkan seorang diri.

  • Mak ayah akan perasa anak jadi lebih ‘clingy‘ berbanding biasa. Dia akan ikut je mak ayah ke mana-mana.

Sumber : Dr Redza Zainol

Tags: , , , , , , ,

Category: DUNIA, INFORMASI, JENAYAH, KELUARGA, KESIHATAN, SEMASA, TIPS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *