Doktor Wanita Trauma Axia Terjunam Ke Persisir Pantai| Seorang doktor wanita berdepan detik cemas selepas Perodua Axia dipandunya terjatuh dari tebing setinggi lima meter sebelum terjunam ke pesisir Pantai Mengabang Telipot, di sini, hari ini.

Doktor Wanita Trauma Axia Terjunam Ke Persisir Pantai

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an tidak mengalami sebarang kecederaan.

Rakannya, Mohd. Azwan Jusoh, 38, berkata, kenderaan mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas ketika di selekoh sebelum terjatuh dari tebing laluan berkenaan.

Ujarnya, mangsa jarang memandu seorang diri kerana sering dihantar suaminya ke klinik, tempat bekerja dan dia hanya mengetahui kemalangan tersebut berlaku sekitar jam  4.50 pagi selepas diminta suami mangsa ke lokasi kejadian bagi melihat keadaan wanita berkenaan.

Mohd. Azwan dilpaorkan terkejut apabila mendapati kenderaan rakannya terjunam selain turut dipukul ombak.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi berkata, pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian.

Walau bagaimanapun, polis dikatakan menerima maklumat sebuah kereta berada di kawasan pantai di lokasi kejadian dan belum mengenal pasti bagaimana kejadian berlaku.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply