Dr Zulkifli Titip Pesan Buat Syukor Sekeluarga.

| September 13, 2020 | 0 Comments

Dr Zulkifli Titip Pesan Buat Syukor Sekeluarga. | Lebih 30 daripada 110 kerbau milik Muhammad Syukur Khamis, 15, atau lebih dikenali sebagai ‘Mowgli Malaysia’ mati secara tiba-tiba sejak Rabu lalu.Tinjauan ke kandang kerbau di Kampung Banggol Katong, Kuala Terengganu, itu mendapati beberapa ekor kerbau yang diternak, mati bergelimpangan di dalam kandang.

mowgli Malaysia

Muhammad Syukur berkata, dia terkejut apabila mendapati kerbau miliknya mati secara tiba-tiba sejak Rabu lalu.”Pada mulanya hanya seekor yang mati pada Rabu tetapi tanpa sebarang tanda kematian dan disangka penyakit biasa.

“Keesokannya, seekor lagi yang mati sebelum Jumaat (dua), Sabtu (empat) dan Ahad (sebelas).”Hari ini saja 10 sudah mati dan dijangka lebih lima ekor lagi yang akan mati kerana sebab yang sama,” katanya ketika ditemui di kandangnya, hari ini.

Menurutnya, dia sangat sedih dengan kejadian itu malah semua ahli keluarga sedang berada dalam keadaan berduka sekarang.”Maklumlah semua kerbau itu diternak lebih 50 tahun lalu justeru pasti membuatkan kami bersedih terutama ayah, Khamis Jusoh, 64.”Ayah yang paling sedih dengan kejadian itu dan ia pertama kali berlaku dan dibimbangi semua kerbau akan mati.”Kerbau kesayangan saya iaitu Samek dan Along setakat ini masih dalam keadaan baik dan sudah disuntik vaksin pencegahan,” katanya.Sementara itu, Khamis berkata,

Susulan daripada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al -Bakri menitipkan pesan buat Syukor sekeluarga.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Datuk Dr Zulkifli juga berharap agar Syukor dan keluarga diberikan kesabaran.

Saya ingin berpesan untuk diri saya jua semua yang membaca; hidup dan mati milik-Nya. Jasad kita juga adalah milik-Nya. Sedih itu hal yang biasa namun usah terlalu bersedih kerana ia adalah putaran biasa kehidupan makhluk Allah SWT. Maha Suci Allah yang mengikat pertalian kasih antara manusia dan haiwan dengan sebegitu erat. ⁣

 

View this post on Instagram

 

Pagi ini menerima berita kematian tiba-tiba 25 ekor kerbau Pak Khamis di Kampung Banggol Katong, Kuala Terengganu. Kepada anakanda Syukor sekeluarga, banyakkan bersabar. Saya dimaklumkan, Syukor dan Pak Khamis amat sedih sekarang. ⁣ ⁣ Saya ingin berpesan untuk diri saya jua semua yang membaca; hidup dan mati milik-Nya. Jasad kita juga adalah milik-Nya. Sedih itu hal yang biasa namun usah terlalu bersedih kerana ia adalah putaran biasa kehidupan makhluk Allah SWT. Maha Suci Allah yang mengikat pertalian kasih antara manusia dan haiwan dengan sebegitu erat. ⁣ ⁣ Insya-Allah ada hikmah yang tersembunyi di sisi-Nya.⁣ ⁣ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ، وَقَهْرِ الرِّجَالِ⁣ Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang. Kredit @dallahdeen

A post shared by Menteri di JPM (HEA) (@drzulkifli.albakri) on

Tags: , , , , , ,

Category: INFORMASI, KELUARGA, KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *