DS Abdul Hadi Tak Dilantik Menteri. Dr Maza Beritahu Kisah Sebenar. | Kabinet menteri baru telah dilantik tetapi tiada nama DS Abdul Hadi Awang. Dr Maza beritahu kisah sebenar ketika bertemu PM 8 yang buat ramai ahli PAS respek. Tak sangka. Baca selanjutnya.

Mengutamakan Orang Lain Dari Dirinya

Kelmarin semasa saya dijemput oleh YAB TS PM, beliau menceritakan pada saya tentang perkembangan akhir sebelum kabinet diumumkan. Antara yang saya kagum, beliau memberitahu sikap terbuka YB Presiden PAS DS TG Abdul Hadi Awang yang tidak mewajibkan agar dirinya mesti dilantik.

Walaupun beliau mengemukakan senarai nama dari partinya, tapi beliau tidak bertegas membuat tuntutan untuk dirinya. Kita patut memuji sikap yang seperti itu. Matlamat kita untuk melihat satu kerajaan yang stabil, cekap, melindungi asas-asas negara dan makmur.

Para pemimpin yang mencari redha ALLAH. Jika kita semua tulus kerana ALLAH, banyak urusan umat ini akan berjaya kita laksanakan.

Saya melihat pihak-pihak yang mempersendakan seakan Presiden PAS kecewa tidak dilantik. Saya percaya, persendaan itu satu dosa atas tuduhan yang tidak berasas.

Marilah kita sama-sama mendokong kerajaan yang dibentuk ini demi kebaikan dan masa depan negara yang kita cintai ini. Ketepikan emosi dan kepentingan diri.

Alhamdulillah!

Antara Komen Netizen

Terbaik TGHH… Beliau umpama lilin… Semoga TGHH terus dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik…Aminn..

Sama2 kita berdoa supaya Allah swt mmberi petunjuk kpd pemimpin yg d lantik. Beri la sokongan kita. Jika kita menegur, berikn teguran mmbina. Kita perlu sedar pemimpin kita ada la manusia biasa yg byk kelemahan. Yg Agong itu hanya la Allah swt.

Dilantik kena kecam. Tak dilantik pon kena kecam. Korang nk ape sebenarnye dr TGHH ni? X faham ngn masyarakat Malaysia hari ni. Ade aje yg x kena.

Alhamdulillah..itu lh tok guru kamu..terima kasih jga utk DR..yg mmberi pandangan utk kebaikn ummah..

sebab Tok Guru faham tanggungjawab itu amanah yang akan diadili di negeri akhirat yang kekal abadi…bukan ganjaran pangkat kuasa atau penghormatan yg sementara di dunia..


Sumber: FB Dr Maza

Share.

Leave A Reply