Dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) maut dalam nahas di Jalan Sabah Port, Sepanggar, di sini, pada malam Rabu.

Dua Anggota TLDM Maut Kemalangan Rempuh Treler

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, Ahmad Faiz Mohd Hanif, 39, dan Norasnizam Mohd Alui, 36, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sabah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.14 malam.

“Dilaporkan kejadian melibatkan dua motosikal merempuh sebuah treler dari arah belakang.

“Akibat kejadian itu dua penunggang motosikal parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan,” katanya ketika dihubungi, pada Khamis.

Tambahnya, pasukan bomba yang tiba bertindak menjalankan operasi sebelum menyerahkan mangsa kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

“Pemeriksaan di sekitar lokasi turut dilakukan bagi memastikan tiada bahaya lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 10.33 malam,” katanya.

Sumber : Astro Awani

Share.

Leave A Reply