Dua beradik perempuan maut selepas dilanggar sebuah kereta yang terbabas dalam kemalangan di KM 37.5 Jalan Kota Bharu ke Kuala Terengganu (Jalan Bypass), lintasan ke Bandar Pasir Puteh, di sini, lewat petang semalam.

Polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 7.10 malam, membabitkan mangsa berusia 29 dan 23 tahun.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria, berkata dua beradik itu menaiki motosikal jenis Yamaha Ego Solariz yang ditunggang gadis berusia 23 tahun sambil dibonceng kakaknya.

May be an image of 8 people and road

Katanya, penunggang motosikal itu meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian kepala, manakala kakaknya cedera di muka dan kepala.

“Kemalangan berlaku ketika pemandu kereta Perodua Viva berusia 23 tahun, dari Gong Kulim ke Telosan, hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.

“Kereta berkenaan melanggar motosikal mangsa menyebabkan kedua beradik itu tercampak dan melambung ke bahu jalan arah ke Kuala Terengganu,” katanya.

Beliau berkata, dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta Viva tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu Viva yang hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan kini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber : BH

 

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Seorang Lelaki M4ut, Kereta Hilang Kawalan Terbabas Rempuh Treler

Seorang pemuda maut selepas kereta dipandunya melanggar sebuah treler dalam kejadian di kilometer (KM) 77.5 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur pada pagi Ahad.

Mangsa yang maut, Muhammad Khairil Aznie Bahraum beralamat di Slim Village, Slim River memandu kereta Perodua Myvi bersama-sama dua lagi rakannya.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, siasatan awal mendapati, lori treler terbabit dalam perjalanan dari Johor Baharu menuju ke Ipoh manakala kereta Perodua Myvi dipandu mangsa dalam perjalanan dari Chenderiang menuju ke Slim River.

“Apabila sampai di tempat kejadian, kereta Perodua Myvi dipandu mangsa yang berada di lorong kanan telah hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan sebelum melanggar tayar hadapan sebelah kanan treler terbabit.

Kejadian kemalangan maut membabitkan sebuah kereta dan lori treler di KM 77.5 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur di sini pada pagi Ahad. - Foto IPD Tapah

“Akibat dari kemalangan terbabit, pemandu kereta mengalami kecederaan parah pada bahagian dalaman dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Sementara itu, Wan Azharuddin berkata, dua penumpang kereta masing-masing berusia 23 dan 24 tahun yang juga rakan sekampung mangsa masing-masing mengalami kecederaan ringan pada bahagian kepala dan tangan.

Menurutnya, pemandu treler berusia 59 tahun itu pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pihak polis sedang mengesan saksi kejadian selain kedua-dua kenderaan dibawa ke Puspakom untuk pemeriksaan.

Sumber :KMN

Share.

Leave A Reply