Dua beradik terbunuh selepas motosikal dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 91.6 Jalan Johor Bahru – Batu Pahat dekat Tampok, Benut, di sini tengah hari kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 1.30 tengah hari itu, penunggang motosikal, Siti Al Adawiyah Alili, 27, dan Masitah Abdullah, 18, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, melibatkan tiga buah kenderaan iaitu dua dari arah Batu Pahat (kereta dan lori) manakala motosikal dari arah Pontian ke Batu Pahat.

“Hasil siasatan awal mendapati, kereta yang datang dari arah Batu Pahat cuba memotong lori yang berada di hadapannya, tiba-tiba datang motosikal dari arah Pontian ke Batu Pahat di laluan bertentangan.

“Motosikal tersebut dipercayai telah melanggar bahagian hadapan kereta tersebut menyebabkan penunggang dan pembonceng tercampak dan terkena bahagian hadapan lori tersebut,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohammad Shofee berkata, akibat pelanggaran tersebut penunggang dan motosikal mendapat kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Dua Remaja Perempuan M4ut, Motosikal Digilis Lori Buat Pusingan U

Dua remaja perempuan maut selepas motosikal dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 121 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur arah utara berhampiran Kampung Kelawar, semalam.

Dalam kejadian terbabit, penunggang motosikal yang dikenali Mimi Nurwaheeda, 19, meninggal dunia di tempat kejadian manakala pembonceng motosikal, Nur Nabila ,19, beralamat Subang Jaya, Selangor, meninggal dunia di Hospital Slim River.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan terbabit jam 11.18 semalam.

Katanya, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati ketika kemalangan, kedua-dua mangsa menaiki Yamaha Lagenda 115Z dan dipercayai dalam perjalanan dari Ulu Bernam ke Slim River.

“Tiba di tempat kejadian, disyaki sebuah lori membuat pusingan U menyebabkan motosikal dinaiki oleh kedua-dua mangsa terbabit tidak dapat mengelak dan melanggar lori berkenaan.

“Akibatnya, penunggang motosikal yang beralamat di Hulu Bernam, Selangor digilis oleh lori terbabit dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Hasni berkata, pembonceng motosikal yang beralamat Subang Jaya, Selangor pula meninggal dunia di Hospital Slim River.

Katanya lagi, polis sedang membuat siasatan lanjut bagi mengesan pemandu lori terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : KMN

Share.

Leave A Reply