Kemalangan mengorbankan dua beranak di di Kampung Kedai 2, Tebok Rimba, Simpang 4, Semanggol, di sini, semalam berpunca daripada kereta dipandu seorang doktor masuk ke laluan bertentangan secara tiba-tiba.

Dua Beranak Maut Berpunca Kereta Salah Masuk Laluan

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Juna Yusoff, berkata kejadian diterima pada jam 7.50 malam di Kilometer 93.5 Jalan Ipoh – Butterworth berhadapan Surau Al-Hidayah menyebabkan pemandu lori berusia 37 tahun serta ibunya, 64, tersepit dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurutnya, kedua-dua mangsa adalah peniaga sate dan dipercayai dalam perjalanan pulang dari Semanggol menghala ke Taiping.

“Apabila tiba di tempat kejadian lori dipercayai dilanggar sebuah kereta dari arah Taiping yang secara tiba-tiba masuk ke laluan lori.

Dua beranak terkorban dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kampung Kedai 2, Tebok Rimba, Simpang 4, Semanggol, di sini, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, dalam insiden kira-kira jam 7.30 malam tadi, Shahren Ismail, 37, dan ibunya, Zainab Alias, 64, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian apabila lori jenis Daihatsu dinaiki mereka bertembung sebuah kereta jenis Toyota Yaris.

Akibat perlanggaran berkenaan, katanya, dua beranak itu tersepit di dalam kenderaan, manakala pemandu kereta terbabit pula dilaporkan mengalami kecederaan ringan.

“Anggota menggunakan peralatan khas untuk membawa keluar kedua-dua mangsa yang tersepit.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan, dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, operasi ditamatkan pada jam 9.13 malam tadi.

Share.

Leave A Reply