Dua Ekor Buaya Sepanjang Tiga & 4.87 Meter Terlepas |  Dua ekor buaya sepanjang tiga meter dan 4.87 meter dilaporkan terlepas dari Pusat Hidupan Liar Matang atau Matang Wildlife Centre (MWC) petang kelmarin.

Jabatan Perhutanan Sarawak (SFC) dalam satu kenyataan berkata, kejadian itu berlaku berikutan kandang rosak dan hujan lebat hingga berlakunya banjir kilat dan air deras.

Susulan itu, SFC menggesa orang ramai lebih berwaspada dan peka tentang kehadiran reptilia tersebut di persekitaran MWC.

SFC berminta semua penduduk ambil langkah berjaga-jaga sekiranya anda tinggal berhampiran MWC, terutama para penduduk di Kampung Rayu.

Dua ekor buaya yang masing-masing berukuran 10 dan 16 kaki telah terlepas dari kandang yang rosak.

Jabatan tersebut bermaklum dalam satu hantaran di Facebook bahawa ia akibat hujan lebat yang menyebabkan banjir kilat dan air deras petang semalam.

Maklum SFC lagi, pihaknya berharap orang ramai tidak panik dengan situasi yang sedang dialami.

Sebaliknya, mereka juga diminta untuk memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa tempatan.

Hal ini kerana kerja-kerja pengawasan dan pencarian menyeluruh sedang dijalankan di kawasan berkenaan (setakat dilaporkan).

Difahamkan ia bertujuan bagi memastikan aspek keselamatan setempat terjamin.

Kenyataan tersebut memaklumkan bahawa jika sesiapa mempunyai maklumat atau terlihat buaya-buaya tersebut diminta menghubungi talian hotline SFC di 019-8859996 (Kuching), 019-8883561 (Sibu), 019-8332737 (Bintulu), atau 019- 8290994 (Miri).

Sementara itu, seorang lelaki warga emas di Terengganu berdepan detik cemas apabila tangannya disambar buaya ketika dia ingin mengambil wuduk, lapor Bernama.

Kejadian tersebut berlaku di sebuah kawasan berpaya berhampiran Padang Papan, Manir, Kuala Terengganu pada jam 7.25 petang Jumaat lalu.

Difahamkan, Che Man Zakaria, 61, yang merupakan seorang penangkap ikan darat mahu mengambil air wuduk sejurus selesai menangkap ikan sebelum pulang ke rumah.

Ketika mengambil wuduk dalam keadaan cangkung, tiba-tiba muncul seekor buaya sepanjang kira-kira dua meter menyambar tangan kanannya.

Kejadian itu menyebabkan dia terjatuh ke dalam paya. Kawan-kawannya yang tidak sedar kejadian itu, bertanya kenapa dia terjun.

Dia berkata bukannya dia terjun, tetapi ada buaya sambar tangan.

 

Artikel Lain

Warga Emas Cedera Digigit Buaya Ketika Ambil Wuduk

Warga Emas Cedera Digigit Buaya Ketika Ambil Wuduk | Seorang warga emas berdepan detik cemas apabila tangan kanannya digigit seekor buaya di sebuah kawasan paya berhampiran Padang Papan di Manir, petang Jumaat lepas.

Che Man Zakaria, 61, yang bekerja sebagai penangkap ikan darat berkata, kejadian pada jam 7.25 petang itu berlaku ketika beliau sedang mengambil wuduk menggunakan air paya untuk menunaikan solat Maghrib.

Dia baru sahaja selesai menangkap ikan darat di paya itu dan ingin solat Maghrib terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah. Ketika mengambil wuduk dalam keadaan mencangkung, tiba-tiba muncul seekor buaya sepanjang kira-kira dua meter menyambar tangan kanannya.

Katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Kebor Besar di Manir, kejadian itu menyebabkannya terjatuh ke dalam paya. Kawan-kawannya yang tidak sedar kejadian itu, bertanya kenapa dia terjun, dia cakap bukannya terjun tetapi ada buaya sambar tangan.

Katanya, setelah menggigit tangannya, reptilia itu terus menghilangkan diri di dalam paya dan tidak lagi timbul walaupun dia dan rakan-rakan cuba mencari haiwan itu.

Che Man berkata, dalam keadaan berlumuran darah, beliau menggagahkan diri menunggang motosikal pulang ke rumahnya yang terletak kira-kira lima kilometer dari lokasi kejadian untuk mendapatkan bantuan ahli keluarga.

Kejadian itu menyebabkan beliau terpaksa dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini dan menerima 12 jahitan di tangan kanan.

Bapa kepada 10 anak itu memberitahu sebelum ini beliau pernah tersempak dengan buaya di kawasan paya berkenaan, namun kejadian pada petang Jumaat itu adalah kali pertama haiwan itu menyambarnya.

Katanya yang telah 15 tahun menangkap ikan darat sebagai sumber rezeki untuk menyara kelurga bahawa dia percaya ada lagi dua atau tiga ekor buaya di kawasan paya itu. Mungkin reptilia itu terlepas masuk dari Sungai Nerus akibat banjir Disember lepas.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply