Dua Kanak-Kanak Parah Apabila Istana Belon Meletup Secara Tiba-Tiba

| June 1, 2021 | 0 Comments

Dua Kanak-Kanak Parah Apabila Istana Belon Meletup Secara Tiba-Tiba | Istana belon sering menjadi perhatian kanak-kanak untuk bermain  di atasnya. Namun keseronokan yang dirasakan bertukar menjadi satu tragedi kepada dua orang kanak-kanak di Rusia apabila secara tiba-tiba istana belon yang mereka bermain itu meletup.

Kedua-dua kanak-kanak perempuan itu telah terpelanting setinggi enam meter ke udara apabila istana belon itu tiba-tiba sahaja meletup ketika mereka sedang bermain. Mereka dikatakan jatuh di atas landasan trem sebaik sahaja terpelanting ke udara.

Kejadian itu telah berlaku di Barnaul, mangsa merupakan mangsa, Anna, 3 dan Vika, 4, dipercayai sedang bermain bersama dengan kanak-kanak yang lain di atas pelampung itu sebelum orang ramai dikejutkan dengan terdengar bunyi satu letupan berlaku.

Insiden itu menyebabkan Anna mengalami gegaran pada bahagian otak dan kecederaan tulang belakang manakala Vika pula retak tulang tengkorak serta cedera pada bahagian paru-paru dan abdomen. Terdapat juga rakaman video yang menunjukkan ibu bapa berusaha untuk mengalihkan istana belon itu.

Selain daripada Anna dan Vika, terdapat lagi tiga orang kanak-kanak turut terpelanting disebabkan oleh letupan itu. Namun ketiga-tiga mereka dilaporkan  selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut jurucakap kementerian kesihatan, Dua kanak-kanak perempuan ini masih menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital dan salah seorang mangsa yang terlantar di hospital masih bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Susulan kejadian, beberapa penyiasat kini sedang mencari punca insiden yang berlaku berhampiran sebuah pusat beli-belah itu dan mereka tidak menolak kemungkinan bahawa ia disebabkan oleh angin kuat.

Menurut beberapa saksi, mereka juga terdengar bunyi letupan yang kuat dan ada teori mengatakan belon itu mungkin terlebih pam hingga menyebabkannya meletup. Saksi yang bekerja jauh dari kawan kejadian turut boleh mnedengar bunyi letupan yang berlaku itu dengan jelas.

Sumber: Free Malaysia Today

Tags: , , , ,

Category: DUNIA, KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *