Dua Kemalangan Maut Berlaku Tak Sampai Dua Jam

| April 19, 2021 | 0 Comments

Dua Kemalangan Maut Berlaku Tak Sampai Dua Jam | Kemalangan ngeri yang melibatkan nyawa seseorang seringkali dilihat dari semasa ke semasa. Baru-baru ini, terdapat dua kemalangan maut yang berlaku dalam tempoh masa kurang dua jam yang melibatkan seorang pemandu kereta dan penunggang motosikal di lokasi berasingan.

Dua Kemalangan Maut Berlaku Tak Sampai Dua Jam

Dungun: Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, seorang pemandu kereta maut dalam kemalangan pertama yang berlaku pada Isnin kira-kira jam 12.25 tengah hari yang melibatkan sebuah kereta jenis Proton Gen2 dengan sebuah lori treler, di Jalan Kampung Wa, Jerangau, di sini.

Katanya, siasatan awal mendapati lelaki yang berusia 21 tahun dalam perjalanan dari arah Dungun ke Jerangau dan setibanya di lokasi, kederaan yang dipandu dikatakan tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas sehingga masuk ke laluan bertenangan.

“Secara kebetulan datang sebuah lori treler jenis Scania yang dipandu lelaki berusia 43 tahun dari arah Jerangau sebelum kedua-dua kenderaan itu bertembung yang menyebabkan mangsa tersepit.

“Akibat daripada kejadian itu, mangsa dikatakan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan anggota badan telah disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Dungun manakala pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi pihak Sinar Harian, pada Selasa (hari ini).

Baharudin berkata, dalam kemalangan yang berasingan pula, iaitu di kawasan ladang getah berhampiran Kampung Binjai, di sini, kira-kira pada jam 1.30 petang, melibatkan sebuah motosikal dengan sebuah lori yang membawa muatan pasir.

Dua Kemalangan Maut Berlaku Tak Sampai Dua Jam

Menurut Baharudin, siasatan yang mereka lakukan mendapati mangsa berusia 52 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda telah di langgar oleh sebuah lori membawa muatan pasir jenis Nissan UD dipandu lelaki berusia 35 tahun.

“Kejadian dipercayai berlaku semasa kenderaan berat itu dalam perjalanan menghantar pasir dan setibanya di lokasi yang berbukit dan jalan tidak berturap itu, pemandunya gagal mendaki lalu mengundur ke belakang dan melanggar mangsa yang kebetulan berada di belakang.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa yang mengalami kecederaan pada bahagian kaki dan badan dibawa ke Hospital Dungun dan disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan,” katanya.

Katanya, kedua-dua siasatan mengenai kes ini telah disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber: Sinar Harian 

Category: Uncategorized

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *