Dua Kenderaan Bertembung Elak Kerbau Melintas

| November 8, 2020 | 0 Comments

Dua Kenderaan Bertembung Elak Kerbau Melintas | Gara-gara mengelak seekor kerbau, dua kereta bertembung menyebabkan enam termasuk tiga kanak-kanak cedera dalam kemalangan di Jalan Kuala Berang-Jenagur berhampiran Kampung Pauh dekat sini malam tadi.

Kejadian pada pukul 7.30 malam itu melibatkan kereta Proton Saga dipandu tenaga pengajar madrasah, Mohd. Shahrul Amirul Amran, 24, dan kereta Perodua Myvi dinaiki Shaliza Ismail, 34, bersama empat ahli keluarganya.

Selain Mohd. Shahrul Amirul dan Shaliza, dua anak dan dua anak saudara wanita tersebut berusia tiga kanak-kanak berusia dua, tiga, lapan dan 27 tahun cedera di bahagian muka, kaki dan tangan masing-masing.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, kemalangan tersebut difahamkan berpunca selepas seekor kerbau tiba-tiba melintas di hadapan kereta Proton Saga dipandu Mohd. Shahrul dari arah Kuala Berang di sini.

“Ia menyebabkan kereta itu hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah kereta Perodua Myvi.

“Kesemua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Hulu Terengganu di sini untuk menerima rawatan,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Adli berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : Kosmo

Tags: , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *