Pemandu dan penumpang Perodua Viva maut selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 123 Jalan Kuantan-Johor Bahru dekat Kampung Sabak Feri, di sini, semalam.

Mangsa yang maut ialah pemandu, Muhammad Aidil Adha Nazri, 23, dan penumpang, Bosiah Abdullah, 62, masing-masing mengalami kecederaan parah di kepala.

Tiga lagi mangsa yang berada dalam kenderaan iaitu Hasimah Ton Ismail, Nur Bidayatul Hidayah Nazri dan Nazri Abdullah mengalami kecederaan anggota badan.

Turut mengalami kecederaan pemandu Nissan Elgrand, Azhan Azif dan pemandu lori, Mohd Afiq Syahmi Suhaimi serta kelindan lori yang masih belum dapat dikesan.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Mohd Azahari Mukhtar berkata, kejadian 9.30 pagi itu membabitkan Perodua Viva, Nissan Elgrand dan lori yang membawa muatan ikan.

Menurutnya, siasatan mendapati Nissan Elgrand dari arah Johor Bahru ke Kuantan dipercayai terbabas ke lorong bertentangan dan melanggar lori dan Perodua Viva dari arah bertentangan.

Katanya, ketika kemalangan berlaku keadaan cuaca baik dan jalan kering.

“Dua mangsa yang meninggal dunia dipercayai mempunyai hubungan keluarga.

“Saya menasihatkan kepada pemandu kenderaan supaya lebih berhati-hati ketika memandu di laluan lurus, mereka perlu mengikut had laju ditetapkan dan berehat sekiranya penat serta mengantuk,” katanya, di sini hari ini.

Beliau berkata, ketika musim hujan, pemandu juga perlu sentiasa mengawal kelajuan supaya tidak berlaku kejadian tidak diingini.

Sumber: Harian Metro

 

Baca Juga: NGERI. 5 Rakan Nyaris [email protected] Langgar Besi Penghadang Jalan. | ALOR GAJAH – Gara-gara mengelak babi melintas, lima rakan nyaris maut apabila kereta dinaiki mereka terbabas merempuh tiang elektrik dan besi penghadang jalan sehingga menembusi kenderaan itu dalam nahas di Jalan Melaka Pindah, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.45 petang itu, mangsa Muhammad Nur Hakim Mazlan, Amirul Syahmi Mansor, Muhammad Zulheree Ismail, Mohd. Syarafuddin Suharman dan Khairul Izwan Khairul Azhar yang kesemuanya berusia 22 tahun hanya mengalami luka di kaki, tangan, kepala serta muka.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang menaiki kereta jenis Proton Preve dalam perjalanan dari arah A’famosa ke Krubong.

“Hasil temu bual pemandu Muhammad Nur Hakim, kemalangan berlaku apabila dia cuba mengelak seekor binatang dipercayai babi melintas di hadapan.

“Mangsa telah menekan brek untuk mengelak, namun disebabkan permukaan jalan basah dan licin, kerata tersebut terus terbabas ke kiri jalan dan telah merempung tiang elektrik serta penghadang jalan lalu masuk ke dalam longkang,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, kesemua penumpang dan pemandu bagaimanapun terselamt dan dikeluarkan dengan bantuan pasukan bomba sebelum di bawa ke Hospital Alor Gajah untuk mendapatkan rawatan.

“Pemandu mengalami luka di tangan dan kaki kiri, manakala penumpang lain mengalami luka-luka di muka dan kepala.

“Pemandu telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah dan kes disiasat mengikut Rule10 LN166/59,” katanya.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply