Dua Maut Dalam Kemalangan Melibatkan Kereta Tesla, ‘Tiada Pemandu’ Di Tempat Duduk

| April 19, 2021 | 0 Comments

Dua Maut Dalam Kemalangan Melibatkan Kereta Tesla, ‘Tiada Pemandu’ Di Tempat Duduk | Jenama kenderaan elektrik (EV), Tesla seakan menjadi fenomena baru dalam dunia automotif di Amerika Syarikat. Malangnya baerlaku satu kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Tesla yang terbabas dan melanggar sebatang pokok sehingga menyebabkan 2 kematian di Texas, baru-baru ini.

Dua Maut Dalam Kemalangan Melibatkan Kereta Tesla, 'Tiada Pemandu' Di Tempat Duduk

Dua Maut Dalam Kemalangan Melibatkan Kereta Tesla, 'Tiada Pemandu' Di Tempat Duduk

Jurucakap polis Texas mengatakan,  Tesla jenis Model S 2019 tersebut dikatakan bergerak dengan kelajuan tinggi dan gagal untuk membelok di lingkungan lekukan jalan sehingga terbabas lalu melanggar sebatang pokok sehingga mengakibatkan kereta tersebut terbakar hangus. Siasatan mendapati tiada pemandu dilaporkan berada di tempat duduk pemandu ketika kejadian tersebut berlaku.

Mangsa kemalangan dikatakan kedua-duanya berusia 50-an dan sejurus polis berada di tempat kejadian, didapati mangsa-mangsa tersebut berada di tempat duduk penumpang hadapan dan belakang kereta tersebut.

Pemilik Tesla, Elon Musk mendakwa, menurut data yang telah dipulihkan, setakat ini menunjukkan kenderaan tersebut tidak menggunakan futer autopilot pada kenderaan tersebut. Tambahnya lagi, autopilot standard memerlukan garis di lorong jalan untuk dihidupkan, dan bukan jalan seperti ini.

Tesla terkenal dengan futer ‘Autopilot’ dimana futer ini adalah sistem pemanduan canggih yang dikatakan oleh Tesla sebagai ‘pemanduan bersama meningkatkan keselamatan dan kemudahan di belakang roda’.

Sepanjang bulan lalu, Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Nasional AS telah membuka kertas siasatan dan mendapati terdapat 27 kes kemalangan melibatkan kereta berjenama Tesla. Beberapa kemalangan melibatkan kebakaran pada kereta jenis Tesla Model S turut dilaporkan iaitu pada tahun 2016, sebuah kereta yang dipandu pengarah Tv Britain, Michael Morris telah terbakar serta pada tahun 2013 melibatkan kereta jenis Tesla Model S Perancis.

Kereta kemalangan terseut dilaporkan rosak teruk akibat kebakaran dan kes kini masih disiasat bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

Sumber: BBC News

Tags: , , , , , , , ,

Category: DUNIA, KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *