Dua [email protected], Dua Cedera Kereta Terbabas | Dua lelaki maut selepas kereta Toyota Vios dinaiki mereka terbabas lalu merempuh penghadang jalan berhampiran Plaza Tol Lima Kedai, hari ini.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Ronnie Robert berkata, pihaknya menerima panggilan tentang kejadian tersebut pada pukul 4.36 pagi dan seramai 14 anggota berserta dua jentera ke lokasi kejadian.

Beliau menyata bahawa setibanya di lokasi, didapati sebuah kenderaan jenis Toyota Vios berwarna putih yang dinaiki empat lelaki terbabas.

Pemeriksaan pegawai perubatan mendapati pemandu dan penumpang di bahagian belakang pemandu  disahkan maut di tempat kejadian, manakala dua lagi cedera.

Beliau juga berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa anggota bertindak membuat kerja penyelamatan dengan menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu dan mengeluarkan semua mangsa.

Mangsa yang maut diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, manakala dua mangsa cedera dibawa ke hospital untuk rawatan.

Katanya, seorang mangsa maut dikenal pasti  E. Thiban, 25, manakala identiti pemandu belum dikenal pasti. Mangsa yang cedera ialah R. Shantihasheelan, 26, dan R. Kohilan, 29.

Sumber: Utusan Malaysia

 

Artikel Lain

Tunggang Motosikal Lawan Arus, Wanita M4ut Dirempuh Kereta

Seorang wanita maut selepas motosikal yang ditunggangnya secara melawan arus dirempuh sebuah kereta di bahu Jalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz berhampiran jambatan Bunut Payong di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.10 malam itu, mangsa, Suriani Che Mohamal, 40, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas cedera parah pada kepala akibat tidak memakai topi keledar.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, siasatan awal mendapati, mangsa menunggang motosikal jenis Honda Dash 125 sedang dalam perjalanan dari arah Wakaf Che Yeh ke Bunut Payong melalui kawasan bahu jalan dengan melawan arus.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, sebuah kereta jenis Kia Spectra yang dipandu seorang lelaki 23 tahun berada di laluan Bunut Payong ke Wakaf Che Yeh bergerak rapat pada bahu jalan sebelah laluan kiri.

“Keadaan jalan gelap yang tidak berlampu selain jarak terlalu dekat mengakibatkan kereta terbabit gagal mengelak sebelum merempuh motosikal mangsa.

“Insiden itu menyebabkan motosikal mangsa tercampak ke bahu jalan dan terjatuh ke dalam gaung jalan sebelah kiri laluan kereta,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mengulas lanjut, Mohd. Rosdi memberitahu, wanita itu mengalami pendarahan teruk pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian di sini untuk dibedah siasat.

“Siasatan lanjut mendapati, kemalangan berpunca daripada kecuaian wanita itu yang menunggang motosikal secara melawan arus,” katanya.

Sumber : Kosmo

Wanita M4ut Kereta Bertembung Dengan Lori Lima Tan

Seorang wanita berusia 21 tahun maut selepas kereta dipandunya terbabit dengan kemalangan dengan sebuah lori lima tan dalam kejadian berhampiran Tenaga Nasional Berhad (TNB) Renggam, Jalan Renggam-Simpang Renggam di sini.

Seorang wanita berusia 21 tahun maut selepas kereta dipandunya terbabit dengan kemalangan dengan sebuah lori dalam kejadian berhampiran Tenaga Nasional Berhad (TNB) Renggam, Simpang Renggam di Kluang Johor. - Foto Bomba

Komander Operasi Penolong Penguasa Bomba Muhammad Nizar Ma’mun daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kemalangan itu pada jam 7.33 malam.

“Susulan itu seramai 10 anggota dibantu sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) dikejarkan ke tempat kejadian.

“Kemalangan tersebut membabitkan sebuah kereta Hyundai Atos dipandu gadis berkenaan, Tasnim Nazatul Amiera Mohd Nasrun berusia 21 tahun dengan sebuah lori Hino lima tan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, kemalangan berkenaan menyebabkan gadis berkenaan tersepit di tempat duduk pemandu.

Katanya, pihak bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit

“Mangsa yang cedera dikeluarkan dalam keadaan tidak sedarkan diri yang kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang hadir sebelum diserahkan kepada pihak polis,” katanya.

Sementara pemandu lori berkenaan katanya, Mohd Suhaimi Samsudin, 42, tidak mengalami sebarang kecederaan dan operasi tersebut ditamatkan pada jam 9.42 malam.

May be an image of 1 person, car and outdoors

May be an image of car

Sumber : KMN

Share.

Leave A Reply