Dua maut, tujuh lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di hadapan Paragon Concrete, Jalan Batu Kawa di sini, malam semalam.

DUA maut manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di hadapan Paragon Concrete, Jalan Batu Kawa, Kuching. FOTO Norsyazwani Nasri

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian, pada 11.24 malam

Susulan itu, pihaknya menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati kemalangan membabitkan Toyota Mark X dan Proton Saga.

“Dua mangsa dalam kenderaan Proton Saga tersepit, manakala lima mangsa yang lain bersama dua mangsa dalam Toyota sudah keluar dari kenderaan dengan bantuan orang awam sebelum ketibaan bomba,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, jumlah keseluruhan mangsa yang terbabit ialah seramai sembilan orang.

“Anggota bomba mengeluarkan dua mangsa yang tersepit dalam Proton Saga menggunakan peralatan penyelamatan.

“Seorang mangsa lelaki tersepit pada tempat duduk pemandu dan seorang lagi pada tempat duduk penumpang bahagian belakang, disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian,” katanya.

Mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada 12.23 tengah malam.

 

Sumber : HM

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Pemandu Dan Kelindan Lori Ais Maut Kemalangan

Seorang pemandu dan kelindan maut dalam kemalangan melibatkan lori serta treler di Kilometer 76.0 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, Selasa lalu.

Pegawai Bomba Kanan II Shalneeraj Abdullah, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam berkata, kemalangan melibatkan sebuah lori jenis Isuzu yang membawa muatan ais dan sebuah treler Scania membawa muatan baja.

Beliau berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa kemalangan tersebut mengakibatkan pemandu lori, Mohd. Hafiz Jamal, 35, dan kelindannya, Mohd. Azhar Basir,  46, tersepit di tempat duduk masing-masing.

Katanya, kedua-dua  mangsa dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang hadir di lokasi sebelum mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Pemandu treler, A. Ranjit, 40, terselamat dan operasi berkenaan tamat pada pukul 6:03 pagi.

Sumber : KMN

Share.

Leave A Reply